Tuesday 14 January 2014

Sejarah STPM nota penggal 3 - Cara peluasan kuasa British di Myanmar

Asalamualaikum .. humm sekarang masih menunggu result STPM 2013 bagi sistem baharu .. nak keja lesen moto pulak tamat tempoh hu.. nasib badan .. semua ni nio ada nak update nota 2 lama yg nio buat semasa di kelas 6 atas dulu -nota utk budak penggal akhir SEM 3(budak sejarah) senang cita orang sastera jak nadak yg lain ..hi3 dah terkeluar sudah cakap sabah bah ..  
-nio harap nota ini dapat membantu serba sedikit utk korang ya.. 

              Cara peluasan kuasa British di Myanmar 


Melalui perjanjian perjanjian yg terpaksa Myanmar tandatangani walaupun ianya berat sebelah pada 24 Febuari 1826.Perjanjian itu dikenali sebagai perjanjian Yandabo.
Kesan perjanjian
  kekalahan Myanmar dlm peperangan ini telah menyebabkan maruah negara tersebut tercalar
Ianya tidak lagi digeruni oleh jirannya terutama selepas terbunuhnya penglima tentera Maha Bandula.
-perjanjian ini juga menyebabkan myanmar tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terhadap hal ehwal di Assam dan Manipur.  

British juga berjaya memperoleh wilayah yang subur dan strategik di Hilir Myanmar seperti Arakan,Tenasserim,Manipur dan Assam. 

                              Melalui peperangan 

British turut meluaskan kuasanya di Myanmar melalui beberapa siri peperanagn.
5 Mac 1824,Gabnor Jeneral Lord Amrherst secara rasmi mengisytiharkan perang ke atas Myanmar.
Perang Inggeris-Burma I(1824-1826) disebabkan:
Masalah sempadan antara Myanmar dan india memburukkan hubungan politik kedua-dua pihak.
British bimbang peluasan kuasa Perancis di Myanmar akan mengancam kepentingan di India.
Dasar peluasan kuasa Myanmar semasa pemerintahan  Raja Bodawpaya dan panglima Maha Bandula yg telah memasuki  Chittagong untuk menangkap Chin Byan,iaitu ketua pemberontak Arakan


 Mei 1824,British mengisytiharkan perang keatas Myanmar .Tentera di bawah Sir Archibald Campbell menyerang Hilir Myanmar dan menawan Ranggon.
Perang Inggeris-BurmaII(1852) disebabkan oleh:
Hubungan diplomatik yang merosot antara kedua-dua pihak kerana keengganan Raja Bagyidaw menerima duta British atas dasar persamaan taraf.
Sikap Pagan Min yang antiBritish dengan memberi layanan yang buruk kepada pedagang British di Ranggon dan Tenasserim
British isytiharkan perang ke atas myanmar selepas kegagalan negara tersebut membayar ganti rugi sebanyak 100 000 pound.
-peperangan ini membolehkan British menguasai Arakan,Hilir Myanmar dan Tenasserim.  


Pd 14 November 1885,perang Inggeris-Burma III meletus menyebabkan British menakluki Hulu Myanmar.
Faktor penyebab:-
Dasar luar Raja Mindo Minh yang berbaik-baik dengan Itali dan Perancis telah menimbulkan kebimbangan kpd British.
Isu kasut berlaku apabila raja Mindo Minh memerintahkan wakil British yg menghadapnya di istana menanggalkan kasut mereka.  

 Raja Mindo-Merupakan seorang raja yg kuat berpegang kpd tradisi Myanmar, iaitu adat menaggalkan kasut sebelum memasuki istana atau biara
-British beranggapan membuka kasut menjatuhkan maruah mereka.
-
Tindakan British menyebabkan Raja Mindon murka dan bertindak mengusir wakil2 British dan memutuskan hubungan dgn British. 

Sikap antiBritish dlm kalangan pegawai Myanmar yg mengenakan peraturan yang ketat kpd pedagang British.
Kekacauan dalam negeri berlaku akibat penentangan orang Shan,Kachin,dan Cina terhadap kekejaman Raja Thibaw
Masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma yang mendapat kontrak membalak kayu jati di Myanmar yg dituduh memberi rasuah dan membalak lebih drpd had yg diberikan 
Perang Inggeris-Burma 3 meletus pd 14 November 1885 .pd bulan Januari 1886, Hulu Myammar jatuh ke tangan British.
Kejayaan ini membolehkan British menguasai keseluruhan wilayah myanmar dan menjadikannya sebagai tanah jajahan British.
      
so untuk cantikkan lagi korang punya slide show korang boleh la tambah gambar pembesar 2 burma ^-<  
 ^-^ kejayaan adalah hak milik setiap insan yang berusaha ... berusahalah wahai teman2ku bagi mencapai cita2 dan semoga kita dapat juga  membahagiakan hati kedua2 ibubapa kita .. c u all agin in my next  post... 

xoxo pianio <3 mfk 







Saturday 30 November 2013

Asalammualaikum... hum pejamcelik pejam celik dah pun habis nio di tingkatan 6.. 
lepas ni nak kemana pun tak tau ..harap2 dapatlah masuk universiti kan2.. Amin.. 
so hari ni nio nak bagi la kan nota slide show yg nio buat masa penggal 3 bm .. nio harap awak semua dapat manfaatkan yerr.. 


Teknik  Penyampaian Idea 


a)Deduksi
b)Induksi
c)Analogi

d)Eklektik  

Deduksi  

Teknik penyampaian deduksi dimulakan dengan pernyataan  umum atau ayat topik terlebih dahulu dan diikuti dengan pernyataan yang lebih khusus .
Maklumat yang merupakan isi penting disampaikan terlebih dahulu, diikuti  huraian  isi  penting dan kesimpulan.
Contoh:
Remaja sebagai pengguna mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Remaja tidak seharusnya bersikap hanya mengambil berat terhadap diri sendiri semata-mata. Sebaliknya, remaja harus berkongsi pengetahuan sebagai pengguna dengan masyarakat. Anda boleh melunaskan tanggungjawab sosial ini dengan menggunakan wadah yang mudah dan anda sudah  mahir, iaitu laman sosial.


Induksi  

Teknik penyampaian induksi dimulakan dengan pernyataan khusus terlebih dahulu dan diikuti  pernyataan  umum.
Maklumat awal yang disampaikan ialah huraian isi, diikuti  isi penting dan  kesimpulan.
Ayat  topik  terletak  pada  bahagian  akhir  perenggan.
Contoh :
Rakyat Malaysia menghasilkan sejumlah 9000 tan sisa makanan sehari. Hal ini menunjukkan  rakyat  Malaysia  masih kurang faham tentang impak sisa pepejal  terhadap alam  sekitar. Angka itu mewakili kira-kira 45 peratus daripada 20000 tan sisa pepejal atau sampah dihasilkan dalam sehari, menunjukkan  tahap kesedaran  lebih 27 juta rakyat Malaysia untuk kitar semula masih mengecewakan.


Analogi  

Analogi ialah kaedah perbandingan.
Kaedah ini membandingkan topik utama dengan topik lain yang hampir sama.
Penghasil wacana membuat perbandingan dengan sesuatu perkara yang lain untuk memudahkan khalayak memahami topik yang hendak disampaikan.
Contoh :
Semangat perlembagaan bolehlah diumpamakan sebagai brek  bagi sesebuah kenderaan. Tanpa  brek yang berfungsi, walaupun sesebuah kenderaan mempunyai enjin yang baik, tetap berbahaya baik kepada pemandunnya mahupun kepada pengguna jalan raya yang lain.  


Eklektik  

Pendekatan eklektik merupakan gabungan daripada 2 pendekatan lain iaitu pendekatan deduksi dan induksi.
Pendekatan atau teknik  eklektik bermaksud penyampaian topik dengan menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baharu.
Teknik eklektik digunakan apabila sesuatu penyampaian memerlukan penulis menggunakan berbagai–bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja.

Contoh:
Tidak dinafikan bahawa buku tercetak  secara konvensional tahan ujian zaman beratus-ratus tahun. Contohnya, karya Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Kedua-dua dokumen penting sejarah negara ini telah diterjemaahkan ke dalam beberapa bahasa asing, termasuklah bahasa Inggeris. Jika karya agung tersebut didigitalkan dalam situasi kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi sejak awal  alaf ini, penyebarannya pasti menjadi lebih luas melepasi sempadan negara, berlangsung ke peringkat global, bagi membenarkan hipotesis buku sebagai dunia tanpa sempadan.   


^-^ kejayaan adalah hak milik setiap insan yang berusaha ...so cahyok u all... 

xoxo pianio <3 mfk