Monday 15 July 2013

STPM SEJARAH PENGGAL 2 -IBNU BATTUTAH

Gunakan dengan sebaiknya rakan- rakan


IBNU  BATTUTAH 
    LATAR  BELAKANG
vNAMA:MUHAMMAD  BIN  ABD  ALLAH  AL-LAWATI
vTAHUN  LAHIR:1304 M
vTEMPAT  LAHIR:TANGER,MAGHRIBI
    SEJARAH  PERKEMBANGAN
ØBermula  ketika  usianya  mencecah  21  tahun
ØTinggalkan  kampung  untuk   mendalami  haji  di Makkah  dan  mendalami  ilmu  pengetahuan  yang  berkaitan  dengan  agama

ØPengembaraan   sulungnya, melalui  kawasan-kawasan  Maghribi,Palestin,Mesir,Syam  dan Madinah. 
Sumbangan  Terpenting IBNU  BATTUTAH dalam  bidang  pelayaran
oMenghasilkan  karya  yang  berjudul  TUHFAT AL-NAZAR @ AL-RIHLAH
oSarjana @ Orientalis Barat menyihatkan  beliau  sebagai  THE  PRINCE  OF  MUSLIM  TRAVELLERS
KEPERIBADIAN  BELIAU
qKeperibadian  yang  mulia
qBerwibawa
qPandai  Berdiplomasi
qBerpendirian Tegas
qGigih
qMahir  berkomunikasi  dalam  bahasa  asing  seperti  bahasa  Turki  dan Parsi 

PELAYARAN  IBNU  BATTUTAH  
TAHAP  PERTAMA
üPerjalanan  dari Maghribi  ke  Kota  Makkah
üDalam  perjalanan  beliau  mencatat  pengalaman  di  tempat  bersejarah  seperti  Baitulmuqaddis
üDi  Syam:Membuat  pemerhatian  tentang  tinggalan  Kerajaan Umayyah  sehingga  sampai  hasrat  untuk  tunai  haji. 

PERINGKAT  KE  DUA
ØPerjalanan  pulang  dari  Kota Makkah
    - Lokasi  awal  yang  di  tujui  ialah  Iraq
ØMenyeberangi  Sungai  Furat  dan  Daljah
ØSetelah  sampai  di  tempat  yang  di  tujui  beliau  kembali  ke  Kota  Makkah
Tahap  ke  tiga
vPerjalanan bermula  dari  Makkah  ke  Yaman,  di  ikuti  Afrika  Timur  ke  Oman  ke  Bahrain  ke  Sudan  ke  Mesir  Utara  ke  Turki  ke  Konstantinople
vDi  Turki  beliau  mengiringi  rombongan  yang  di  hantar  oleh  Ozbek  Khan untuk  Menemui  Kaisar  Byzantine
vBeliau  mendapat  penghormatan  oleh  pemerintah  tersebut  
Peringkat  ke  empat
§Pelayaran  bermula  dari  Turki  ke  India
§Di  India  beliau  di  lantik  sebagai  ‘Kadi
§Perjalanan  ke  China  beliau  singgah  di  Sumatera  dan  Jawa
§Di  Pasaibeliau  dapat  penghormatan  dari  sultan  Kerajaan  tersebut,Malik  Al-Zahir
§Pulang  dari  China  tiba  di  Maghribi
§Merentari  Laut  Mediteranean  dan  balik  ke Maghribi
§Rentasi  Gurun  Sahara  untuk  sampai  ke  Negeri  Afrika 
Sumbangan  ibnu  battutah 
ØKARYA
vRihlah,pembaca  di  dedahkan  kepada  aspek  kehidupan  agama,politik,sosial,ekonomi,kebudayaan masyarakat  khususnya  negara Afrika  Barat  dan  India
ØDI  INDIA
qKepercayaan  yang  di  amalkan oleh  masyarakat  India  yang  beragama  Hindu
ØKARYA  YANG  DI  HASILKAN  OLEH  BELIAU  MENGGAMBARKAN  NEGARA  ISLAM,KHUSUSNYA  SEJARAH  INDIA
üKarya-Rihlah  mendapat  tumpuan  para  Sarjana  Barat  di  Seluruh  Dunia
üKarya  ini  di  terjemahkan  dalam  Bahasa Asing,Inggeris,Perancis,Belanda  dan  Jerman 
ØKarya Bahasa Inggeris  di  usahakan  oleh  Profeser  H.A.R.GIBB  dan  Di beri  Tajuk  The  Travels  Of Ibnu Battutah
ØMeningkatkan  ilmu  pengetahuan  dalam  Bidang Geografi.
     -Antaranya,catatan  tentang  iklim  khatulistiwa  tidak  sepanas  di  Afrika  Utara
ØDi  Konstantinople:Mencatat  tentang  kota  yang  di  lengkapi  pasir,gudang  membeli  belah,,jalan  raya  dan  Gereja  Besar  St.Sophies
ØKejayaan  pelayaran  Ibnu  Battutah  selama  28  tahun-Merentasi  120 000  k.M  ANTARA  1325-1353  masihi
     Meletakan  beliau  setaraf  dengan  pengembara @ pelayar  terkenal  seperti  Marco Polo
ØIbnu Battutah di  gelar  The  Prince  Of Muslim  Travelers 

nio hasil yg nio boleh kongsikan dengan kawan2 harap2 ianya sedikit-sebanyak boleh membantu korang semua ya... 
asalamualaikum Wbt... >.<  
Luv U XoXo  PiANIO 

Sunday 14 July 2013

sejarah Stpm Penggal 2- Pemerintahan Pusat dan Wilayah Zaman Kerajaan Uthmaniyah pada Abad Ke-16 M hingga Abad Ke-17 M

Asalamualaikum wbt.. semua ,hum...  rasanya belum terlambat lagi kan Nio nak ucap kan selamat berpuasa kpd kawan2 yg beragama islam(muslimin dan Muslimat) :)   hari ni dah masuk 5 hari kita berpuasa hum.. cepatnya masa berlalukan ... 
satu ja yg memenigkan kepala nio skarang PBS...OH...PBS... penggal akhir ni sumpah nio rasa mencabar kesabaran dan akal fikiran.. tp keep cool nio you can do it.. 
ok kat bawah ni nio ada update sejarah punya nota Atau slide show  so harap 2 kawan2 boleh guna untuk junior lagi lah..  


Pemerintahan Pusat dan Wilayah Zaman Kerajaan Uthmaniyah pada Abad Ke-16 M hingga Abad Ke-17 M 



Latar Belakang
§Kerajaan Uthmaniyah telah memerintah dari tahun 1281 hingga 1924 M.
§Pada tahun 1453 M,pemerintahannya berpusat di Istanbul.
§Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya menakluk kerajaan Abbasiyah di Baghdad.
§Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul.

§Setelah itu,pemerintahan kerajaan ini diteruskan oleh 38 orang khalifah lagi


STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT

ØSultan merupakan individu yang mempunyai    
    kuasa tertinggi
ØSultan terdiri daripada para amir yang menjadi tuan 
tanah dalam kerajaan Saljuk.
§
ØSultan memegang kuasa tertinggi dalam bidang 
agama,politik,pentadbiran dan kewangan.
§
ØSultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak 
sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan.  


ØDalam Kanunname bidang kuasa wazir agung dinyatakan amat luas.
Ø
ØBeliau merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran dan memiliki cop mohor sebagai simbol wakil sultan.
Ø
ØWazir Agung dibantu pula oleh :
     -Tiga orang hakim tentera
     -Dua orang Beylerbey (ketua turus tentera   
      sultan)
     -Dua orang Defterdar (bertanggungjawab dalam  
      urusan pentadbiran kewangan)
     -Seorang Agha (wakil tentera darat)
     -Seorang Laksamana
     -Seorang Nishanji bagi monogram sultan  


ØPada zaman pemerintahan Sultan Salim 1, jawatan 
mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan

ØTugas utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam 
semua aspek agama termasuk keputusan berperang 
sesama orang Islam.
ØKadangkala sultan turut camput tangan dalam soal 
fatwa
ØMufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai 
istana di Kota Istanbul
ØKerajaan Uthmaniyah telah diasaskan mengikut 
sistem feudal
ØSistem pemerintahan turut dibantu oleh golongan 
tentera  yang dikenali sebagai fief.
Ø( Fief merupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah)

ØFief yang berjasa dikurniakan tanah

ØFief yang berkhidmat secara peribadi dengan sultan 
diberikan tanah yang lebih luas iaitu (ziamet)

ØTanah  kurniaan  yang lebih luas (khass) diberikan 
kepada gabenor wilayah.Tanah kurniaan di Eropah 
menyediakan  sebanyak 80 000 ekor kuda ,sementara  
di Asia  50 000 ekor kuda .

ØFief ini dikelompokkan di bawah beberapa orang 
ketua yang membawa bendera (Sanjak dan Liwa
.Ketua  ini dipanggil bey



ØAntara bey ada beberapa orang beylerbey ; terbesar  ialah beylerbey Anatolia dan yang kedua  Beylerbey  rumahli di Eropah.

ØBey-bey ini juga memakai gelaran Pasha.

ØBeylerbey merujuk kepada ketua turus tentera 
sultan yang mempunyai kuasa yang sangat luas
malah putera mahkota terpaksa tunduk kepadanya.

ØSistem feudal runtuh setelah kerajaan Uthmaniyah 
bertambah luas dan sultan terpaksa  menyerahkan 
kuasa tanah fief kepada Beylerbey


ØPihak beylerbey  telah menyalahgunakan kuasa 
dengan bertindak memberikan tanah fief kepada 
mereka yang menyokongnya dan merampas fief 
daripada orang yang melakukan  kesalahan kecil.

ØPenyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan 
semasa pemerintahan  Sulaiman al Qanuni 
menerusi kanunname (1530 M).
Ø

ØWalaubagaimanapun, sistem  tanah fief  ini 
diteruskan tetapi syarat- syaratnya diketatkan.

ØLama-kelamaan tentera feudal telah digantikan 
dengan tentera upahan  yang menggunakan 
senjata yang lebih canggih termasuk meriam besar bermula pada akhir abad ke  16 M. 

Struktur pemerintahan dan pentabdiran wilayah.
§setiap wilayah ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak luas dikendalikan oleh para petani.  
§Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah.
§Tugas utama kadi ialah mengendalikan hukum jenyah dan sivil berdasarkan syariah islam yang berpandukan al-Quran dan hadis.  

§Multezim bertanggungjawab mengutip semua cukai dari kawasan tertentu.Sebahagian hasil kutipan cukai diserahkan kepada perbendaharaan Negara. 
§Pegawai kerajaan diberikan kuasa untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai bakshish untuk perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.
§Golongan intelektual muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan,menguruskan wakaf untuk menyokong perkembangan sekolah dan hospital serta pendidikan belia muslim.
§
§Golongan ini turut berperanan sebagai orang tengah antara rakyat dan cabang-cabang lain kelas pemerintah

Kesimpulan
Kejayaan kerajaan Uthmaniyah dalam pemerintahan telah menaikkan semula maruah umat Islam setelah kejatuhan kerajaan Abbasiyah di tangan tentera Mongol.Proses kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah (1828–1908) disebabkan oleh pengstukturan semula dan transformasi dalam setiap aspek kerajaan Uthmaniyah . Pembubaran kerajaan  Uthmaniyah (1908-1922) ialah zaman yang mengikuti zaman kemerosotan kerajaan Uthmaniyah

nanti nio update lagi ya .. for pp and many more... see yaaa.... asalamualaikum... 
Luv Nio XoXo... PIANIO