Sunday 14 July 2013

sejarah Stpm Penggal 2- Pemerintahan Pusat dan Wilayah Zaman Kerajaan Uthmaniyah pada Abad Ke-16 M hingga Abad Ke-17 M

Asalamualaikum wbt.. semua ,hum...  rasanya belum terlambat lagi kan Nio nak ucap kan selamat berpuasa kpd kawan2 yg beragama islam(muslimin dan Muslimat) :)   hari ni dah masuk 5 hari kita berpuasa hum.. cepatnya masa berlalukan ... 
satu ja yg memenigkan kepala nio skarang PBS...OH...PBS... penggal akhir ni sumpah nio rasa mencabar kesabaran dan akal fikiran.. tp keep cool nio you can do it.. 
ok kat bawah ni nio ada update sejarah punya nota Atau slide show  so harap 2 kawan2 boleh guna untuk junior lagi lah..  


Pemerintahan Pusat dan Wilayah Zaman Kerajaan Uthmaniyah pada Abad Ke-16 M hingga Abad Ke-17 M 



Latar Belakang
§Kerajaan Uthmaniyah telah memerintah dari tahun 1281 hingga 1924 M.
§Pada tahun 1453 M,pemerintahannya berpusat di Istanbul.
§Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya menakluk kerajaan Abbasiyah di Baghdad.
§Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul.

§Setelah itu,pemerintahan kerajaan ini diteruskan oleh 38 orang khalifah lagi


STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT

ØSultan merupakan individu yang mempunyai    
    kuasa tertinggi
ØSultan terdiri daripada para amir yang menjadi tuan 
tanah dalam kerajaan Saljuk.
§
ØSultan memegang kuasa tertinggi dalam bidang 
agama,politik,pentadbiran dan kewangan.
§
ØSultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak 
sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan.  


ØDalam Kanunname bidang kuasa wazir agung dinyatakan amat luas.
Ø
ØBeliau merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran dan memiliki cop mohor sebagai simbol wakil sultan.
Ø
ØWazir Agung dibantu pula oleh :
     -Tiga orang hakim tentera
     -Dua orang Beylerbey (ketua turus tentera   
      sultan)
     -Dua orang Defterdar (bertanggungjawab dalam  
      urusan pentadbiran kewangan)
     -Seorang Agha (wakil tentera darat)
     -Seorang Laksamana
     -Seorang Nishanji bagi monogram sultan  


ØPada zaman pemerintahan Sultan Salim 1, jawatan 
mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan

ØTugas utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam 
semua aspek agama termasuk keputusan berperang 
sesama orang Islam.
ØKadangkala sultan turut camput tangan dalam soal 
fatwa
ØMufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai 
istana di Kota Istanbul
ØKerajaan Uthmaniyah telah diasaskan mengikut 
sistem feudal
ØSistem pemerintahan turut dibantu oleh golongan 
tentera  yang dikenali sebagai fief.
Ø( Fief merupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah)

ØFief yang berjasa dikurniakan tanah

ØFief yang berkhidmat secara peribadi dengan sultan 
diberikan tanah yang lebih luas iaitu (ziamet)

ØTanah  kurniaan  yang lebih luas (khass) diberikan 
kepada gabenor wilayah.Tanah kurniaan di Eropah 
menyediakan  sebanyak 80 000 ekor kuda ,sementara  
di Asia  50 000 ekor kuda .

ØFief ini dikelompokkan di bawah beberapa orang 
ketua yang membawa bendera (Sanjak dan Liwa
.Ketua  ini dipanggil bey



ØAntara bey ada beberapa orang beylerbey ; terbesar  ialah beylerbey Anatolia dan yang kedua  Beylerbey  rumahli di Eropah.

ØBey-bey ini juga memakai gelaran Pasha.

ØBeylerbey merujuk kepada ketua turus tentera 
sultan yang mempunyai kuasa yang sangat luas
malah putera mahkota terpaksa tunduk kepadanya.

ØSistem feudal runtuh setelah kerajaan Uthmaniyah 
bertambah luas dan sultan terpaksa  menyerahkan 
kuasa tanah fief kepada Beylerbey


ØPihak beylerbey  telah menyalahgunakan kuasa 
dengan bertindak memberikan tanah fief kepada 
mereka yang menyokongnya dan merampas fief 
daripada orang yang melakukan  kesalahan kecil.

ØPenyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan 
semasa pemerintahan  Sulaiman al Qanuni 
menerusi kanunname (1530 M).
Ø

ØWalaubagaimanapun, sistem  tanah fief  ini 
diteruskan tetapi syarat- syaratnya diketatkan.

ØLama-kelamaan tentera feudal telah digantikan 
dengan tentera upahan  yang menggunakan 
senjata yang lebih canggih termasuk meriam besar bermula pada akhir abad ke  16 M. 

Struktur pemerintahan dan pentabdiran wilayah.
§setiap wilayah ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak luas dikendalikan oleh para petani.  
§Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah.
§Tugas utama kadi ialah mengendalikan hukum jenyah dan sivil berdasarkan syariah islam yang berpandukan al-Quran dan hadis.  

§Multezim bertanggungjawab mengutip semua cukai dari kawasan tertentu.Sebahagian hasil kutipan cukai diserahkan kepada perbendaharaan Negara. 
§Pegawai kerajaan diberikan kuasa untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai bakshish untuk perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.
§Golongan intelektual muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan,menguruskan wakaf untuk menyokong perkembangan sekolah dan hospital serta pendidikan belia muslim.
§
§Golongan ini turut berperanan sebagai orang tengah antara rakyat dan cabang-cabang lain kelas pemerintah

Kesimpulan
Kejayaan kerajaan Uthmaniyah dalam pemerintahan telah menaikkan semula maruah umat Islam setelah kejatuhan kerajaan Abbasiyah di tangan tentera Mongol.Proses kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah (1828–1908) disebabkan oleh pengstukturan semula dan transformasi dalam setiap aspek kerajaan Uthmaniyah . Pembubaran kerajaan  Uthmaniyah (1908-1922) ialah zaman yang mengikuti zaman kemerosotan kerajaan Uthmaniyah

nanti nio update lagi ya .. for pp and many more... see yaaa.... asalamualaikum... 
Luv Nio XoXo... PIANIO

No comments:

Post a Comment