Saturday 30 November 2013

Asalammualaikum... hum pejamcelik pejam celik dah pun habis nio di tingkatan 6.. 
lepas ni nak kemana pun tak tau ..harap2 dapatlah masuk universiti kan2.. Amin.. 
so hari ni nio nak bagi la kan nota slide show yg nio buat masa penggal 3 bm .. nio harap awak semua dapat manfaatkan yerr.. 


Teknik  Penyampaian Idea 


a)Deduksi
b)Induksi
c)Analogi

d)Eklektik  

Deduksi  

Teknik penyampaian deduksi dimulakan dengan pernyataan  umum atau ayat topik terlebih dahulu dan diikuti dengan pernyataan yang lebih khusus .
Maklumat yang merupakan isi penting disampaikan terlebih dahulu, diikuti  huraian  isi  penting dan kesimpulan.
Contoh:
Remaja sebagai pengguna mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Remaja tidak seharusnya bersikap hanya mengambil berat terhadap diri sendiri semata-mata. Sebaliknya, remaja harus berkongsi pengetahuan sebagai pengguna dengan masyarakat. Anda boleh melunaskan tanggungjawab sosial ini dengan menggunakan wadah yang mudah dan anda sudah  mahir, iaitu laman sosial.


Induksi  

Teknik penyampaian induksi dimulakan dengan pernyataan khusus terlebih dahulu dan diikuti  pernyataan  umum.
Maklumat awal yang disampaikan ialah huraian isi, diikuti  isi penting dan  kesimpulan.
Ayat  topik  terletak  pada  bahagian  akhir  perenggan.
Contoh :
Rakyat Malaysia menghasilkan sejumlah 9000 tan sisa makanan sehari. Hal ini menunjukkan  rakyat  Malaysia  masih kurang faham tentang impak sisa pepejal  terhadap alam  sekitar. Angka itu mewakili kira-kira 45 peratus daripada 20000 tan sisa pepejal atau sampah dihasilkan dalam sehari, menunjukkan  tahap kesedaran  lebih 27 juta rakyat Malaysia untuk kitar semula masih mengecewakan.


Analogi  

Analogi ialah kaedah perbandingan.
Kaedah ini membandingkan topik utama dengan topik lain yang hampir sama.
Penghasil wacana membuat perbandingan dengan sesuatu perkara yang lain untuk memudahkan khalayak memahami topik yang hendak disampaikan.
Contoh :
Semangat perlembagaan bolehlah diumpamakan sebagai brek  bagi sesebuah kenderaan. Tanpa  brek yang berfungsi, walaupun sesebuah kenderaan mempunyai enjin yang baik, tetap berbahaya baik kepada pemandunnya mahupun kepada pengguna jalan raya yang lain.  


Eklektik  

Pendekatan eklektik merupakan gabungan daripada 2 pendekatan lain iaitu pendekatan deduksi dan induksi.
Pendekatan atau teknik  eklektik bermaksud penyampaian topik dengan menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baharu.
Teknik eklektik digunakan apabila sesuatu penyampaian memerlukan penulis menggunakan berbagai–bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja.

Contoh:
Tidak dinafikan bahawa buku tercetak  secara konvensional tahan ujian zaman beratus-ratus tahun. Contohnya, karya Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Kedua-dua dokumen penting sejarah negara ini telah diterjemaahkan ke dalam beberapa bahasa asing, termasuklah bahasa Inggeris. Jika karya agung tersebut didigitalkan dalam situasi kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi sejak awal  alaf ini, penyebarannya pasti menjadi lebih luas melepasi sempadan negara, berlangsung ke peringkat global, bagi membenarkan hipotesis buku sebagai dunia tanpa sempadan.   


^-^ kejayaan adalah hak milik setiap insan yang berusaha ...so cahyok u all... 

xoxo pianio <3 mfk