Sunday 10 February 2013

santai bersaman >.<  

HOPE YOU ALL LIKE IT  <3
kalau korang tengok video ni mesti korang nak belajar gitar tong ni kan.. 
nio pun rasa macam nak belajar la ka3...


 



hai.. asalamualaikum semua...  ni nio saja je upload video gangnam style ( Jayesslee Cover) 
kawan 2 cuba dengar memang best lah suara dia orang nie ...hik..
hope u all suka ^.^

Tajuk PBS Bagi Pengajian Am Sem. 2

Asalammualaikum and hye to all form 6 student ha..  . Apa khabar ? sihat ? Di Penang mendung ja macam nak hujan  . Dan Keadaan sejuk ala-ala korea . weeh. 
ha...ni nio nak kongsi cikit la pasal PBS untuk from 6 

Ada beberapa tajuk PBS bagi pengajiam am.


PENGANGKUTAN

  • Persepsi orang awam terhadap perkhidmatan bas yang disediakan di pekan Ranau
  • Kesan perniagaan kereta sewa terhadap perkhidmatan teksi di pekan Ranau
  • Persepsi pelajar SMK Lohan terhadap perkhidmatan Bas.
  • Faktor pelajar 6 Atas SMK Lohan menaiki kereta ke sekolah.
  • Faktor-faktor guru SMK Lohan lebih berminat menggunakan kereta import.
  • Persepsi pelajar Tingkatan 6 terhadap perkhidmatan bas sekolah.
  • Persepsi guru terhadap penggunaan kenderaan oleh pelajar sekolah.
  • Pengaruh gaji terhadap jenis kenderaan guru di SMK Lohan.
  • Pengaruh gender terhadap penggunaan kenderaan ke sekolah.
  • Kajian penggunaan kereta dalam kalangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
  • Kajian kesan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan pelajar ketika menghadapi aktiviti aktiviti kokurikulum.
  • Kesan penggunaan motosikal dalam kalangan pelajar ketika menghadapi aktiviti kokurikulum pada waktu petang.
  • Kajian kesan penggunaan motosikal tanpa lesen memandu dalam kalangan pelajar tingkatan lima.




PERNIAGAAN


  • Kewujudan pasar raya memberi impak impak kepada peniaga kecil di pekan peaga.
  • Faktor-faktor yang menghalang peniaga Pekan Ranau tidak berminat berniaga di premis tersebut.
  • Cabaran menjalankan perniagaan di Pekan kepala batas.
  • Kepentingan inap desa (homestay) kepada penduduk tempatan di Kg baru/Pekan penaga/bakar kapor.
  • Kepentingan Pasar Malam Ranau kepada penduduk Penaga.
  • Penglibatan pelajar dalam aktiviti perniagaan di luar waktu sekolah: Punca dan kesan.
  • Penglibatan guru dalam aktiviti perniagaan: punca dan kesan.
  • Persepsi pelajar Tingkatan 6 Atas terhadap perkhidmatan kantin sekolah SMK Sri muda,Penaga.
  • Persepsi waris pelajar tingkatan Satu SMK Sri Muda terhadap koperasi sekolah.
  • Penglibatan warga asing dalam perniagaan pasar malam di pekan Ranau
  • Penjaja tanpa lesen di kaki lima kedai/ tepi jalan: punca dan langkah.
  • Kepentingan kedai runcit kepada penduduk di Kg Bakar kapor
  • Perniagaan ‘bundle’: kepentingan dan penawaran.
  • Kajian tentang pendapatan peniaga pasar malam di Sekitar pekan kepala Batas,pulau pinang.
  • Kajian persepsi pelajar terhadap pengurusan kantin sekolah di SKm Sri muda.
  • Mengkaji masalah peniaga buah-buahan di Pekan Kepala Batas.
  • Kajian tentang cabaran masa depan peniaga runcit di Kg permatang Bendahari.
  • Kajian tentang cabaran pengusaha stesen minyak di kepala batas
  • Kajian tentang peniaga kain di pasar malam.


Nama tempat kamu tukar dengan tempat kajian masing-masing . Selamat maju jaya ^^.
Nio ^.^ semoga info ini sedikit sebanyak dpt membantu anda semua... k ..
Asalamualaikum... 

Monday 4 February 2013

Pengajian perniagaan ~~ penggal 2 --2013 Pengurusan ... MotiVaSi


환영
Asalamualaikum wbt semua...semua sihat .. of coures lah korang sihat 
kalau tidak x de nya nak ade depan laptop kan3... ha3... ni nio ada nak kongsi cikit la apa yang nio belajar ngan anda semua ... terutama from 6 ..so here we are tara...


PENGURUSAN
-MOTIVASI

-merupakan dorongan dalaman yg wujud dlm diri seseorang untuk b’usaha b’sungguh-sungguh bagi mencapai matlamat yg diinginkan
-
motivasi b’mula dgn keinginan seseorang memenuhi sesuatu kehendak atau keperluan b’dasarkan tahap keperluan dan kehendak pekerja
.

Kepentingan motivasi kpd organisasi 
-menyatukan usaha ahli organisasi ke satu arah.
-
mengeklakan pekerja mahir dlm organisasi .
-
dpt kurangkan kadar ponteng kerja di kalangan staf.
-
dpt kurangkan kadar lantik henti pekerja dlm organisasi.  





Teori motivasi maslow
diperkenalkan oleh Abraham Maslow.
-
keperluan manusia di tempat kerja boleh dibahagikan kpd 5 jenis antaranya:-
keperluan fisiologi -keperluan asas manusia untuk hidup.
Keperluan keselamatan-keperluan untuk menerima perlidungan.
Keperluan sosial-iaitu diterima oleh masyarakat.
Keperluan penghargaan-keperluan mendapat atau menerima pengiktirafan,status dan perhatian.
Keperluan pencapaian hasrat sendiri-keperluan membangunkan potensi diri.

Pengurus yang ingin memotivasikan pekerjanya harus mengetahui keperluan para pekerja barulah rangsangan dpt memenuhi keperluan dan kehendak para pekerja

AMALAN TEORI MOTIVASI MASLOW DALAM ORGANISASI 

keperluan setiap pekerja dalam organisasi adalah berbeza antara satu sama lain. 
-apabila sesuatu keperluan telah berjaya dicapai ,keperluan baharu pula akan wujud


Teori motivasi herzberg
-Diperkenalkan oleh Frederick Herzberg
- merupakan teori dua faktor yg dpt menjelaskan motivasi di tempat kerja.
-
iaitu faktor hygiene dan faktor motivasi

FAKTOR HYGIENE
-berkaitan dgn kesejahteraan individu juga dikenali sebagai faktor luaran kerja atau ekstrinsik.
-
sebarang penambahan berkaitan faktor luaran kerja tidak memberi kepuasan kpd pekerja dan tidak wujud dorongan kpd pekerja untuk bekerja keras tetapi mewujudkan suasanan neutral.
Jika faktor ini berkurangan ,akan mewujudkan ketidakpuasan hati dlm kalangan pekerja
Contohnya ialah:- faktor
peraturan,persekitaran kerja,faedah dan ganjaran,jaminan kerja dan perhubungan pekerja.   



Faktor ini juga mampu mempengaruhi daya pengeluaran pekerja,iaitu apabila faktor ini tidak dapat dipenuhi oleh pengurus boleh menyebabkan daya pengeluran seseorang terjejas ,tetapi faktor hygiene yg mencukupi tidak akan membawa sebarang kesan terhadap daya pengeluaran .

FAKTOR MOTIVASI  
Dikenali sebagai faktor dalaman atau intriksik kerja.
Melibatkan kandungan seperti:-
-Autonomi,kebebasan,tanggungjawab ,cabaran kerja,penghargaan dan peluang kerjaya.
-Faktor ini dpt meningkatkan  merangsang kepuasan dan motivasi diri perkerja.
-mempengaruhi daya pengeluaran seseorang pekerja melalui dorongan dan rangsangan .
-Motivasi diberi kpd pekerja menyebabkan pekerja terdorong melakukan kerja bersungguh-sungguh seterusnya akan menigkatkan daya pengeluaran.   

Amalan teori herzberg dalam organisasi
-Pengurus perlu memastikan kesejahteraan hidup pekerja dipelihara . Kesejahteraan hidup yg tidak dipelihara boleh menibulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pekerja.
-Teori  motivasi herzberg --Faktor kesejahteraan hidup pekerja mesti dipenuhi pengurus kerana keperluan ini membentuk keperluan  asas seseorang manusia
-Pengurus boleh menggunakan faktor motivasi untuk meningkatkan dorongan dan produktiviti pekerja sebaik sahaja keperluan kesejahteraan hidup telah dipenuhi.bermaknan keperluan ini harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan yang lain.
-pengurus perlu mengenalpasti faktor motivasi yang dapat mendorong seseorang pekerja untuk bertindak secara produktif.
Perbandingan antara teori motivasi maslow dan teori motivasi herzberg


Teori motivasi maslow
^-^ Pencapaian hasrat diri
^-^ Penghargaan 
(Keperluan teratas)
>.< sosial
>.< Keselamatan
>.< fisiologi
(keperluan manusia terendah)




Teori motivasi herzberg
Faktor motivasi:
Tanggungjawab,kreativiti,cabaran,autonomi,pengiktirafan,     kerja yang mancabar.(bagi peringkat atas)
Faktor hygiene
Gaji dan faedah,tempat kerja,keselamatan,hubungan personel.(bagi peringkat rendah)



TEORI MOTIVASI McGREGOR
-Diperkenalkan George McGergor berkaitan dengan ciri-ciri pekerja 
-ciri-ciri pekeraj secara purata didahagikan kpd dua:-
Teori X dan teori Y .
-beliau mengandaikan pekerja yang berada di bawah kawalan pemimpin teori X akan mempunyai motivasi rendah,manakala pekerja yg beraba dibawah pimpinan teori Y akan mempunyai motivasi yang tinggi
Menurut teori X,pekerja mempunyai ciri-ciri  yang berikut :-
-tidak suka bekerja
-Pemalas,tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.
-mempunyai sikap tidak mengambil tahu hal ehwal organisasi dan terlalu menitikberatkan soal keselamatan .
Sentiasa ingin mengelak drpd memikul tanggungjawab dan tidak mempunyai cita-cita yg tinggi.
Perlu dipaksa ,diarah dan diugut untuk membuat kerja.
Tidak berminat terhadp kerja.  



Menurut teori Y:-
-
Berusaha membina minat terhadap kerja dan kerjaya.
-
Berusaha mencapai matlamat organisasi.
-
Menunjukkan produktiviti kerja yg tinggi tanpa perlu dipaksa atau dikawal selalu
-
Menerima tanggungjawab yang diberikan sebagai satu cabaran.

Amalan teori X dan teori Y dalam organisasi.
-dalam pengurusan sesebuah organisasi,pengurus perlu mengenal pasti ciri atau sifat setiap pekerja bagi memudahkan peroses mendorong atau merangsang pekerja.
-
Pekerja yg mempunyai ciri seprti yg diutarakan oleh teori X boleh dikawal dengan menggunakan gaya kepemimpinan autokratik.
-
Bagi pekerja yg mempunyai ciri bagi teori Y ,mereka sering diberi kepercayaan oleh pengurus untuk mengendalikan tugas yg banyak.  
-
pengurus boleh mengamalkan gaya kepemimpinan demokratik .
 



Teori motivasi McClelland.
-teori ini diperkenalkan oleh David mcCelland sekitar tahun 1961.
-
nama teori yang digunakan ialah teori keperluan pencapaian.
Teori ini menekankan kpd tiga jenis pencapaian yg ingin dicapai oleh seseorang individu:-
a)
keperluan kepada prestasi
-
tindakan seseorang pekerja menyahut cabaran dlm mencapai sesuatu matlamat.
-
sanggup mengambil risiko yg tinggi ketika berusah ke arah pencapaian matlamat.
b)
keperluan kepada pergabungan
-
keinginan dan tidakan individu dlm sesuatu kumpulan supaya boleh diterima ahli kumpulan.
 c)
keperluan kepada kuasa
-
seseorang individu berkeinginan untuk mengawal dan mempengaruhi pihak lain didlm sesebuah organisasi
Mengikut teori keperluan pencapaian McClelland,ada 6 ciri induvidu yg sangat penting dlm proses menuju ke arah kejayaan:-
-
mencari tugas yg banyak cabaran
-
mahu tanggungjawab yg boleh membuat keputusan.
-
cenderong ingin menjadi usahwan


  
-laksanakan tugas dengan lebih baik apabila diberi tugas  yg pelbagai,diberi tanggungjawab,penilaian,dan kebebasan.  
-memberi penilaian ke atas tugas untuk berjaya dengan usaha sendiri.
-
beri penilaian ke atas tugas yg diberi supaya dpt ditingkatkan kemajuan.

AMALAN TEORI MOTIVASI MCCLELLAND DALAM ORGANISASI.
Pemimpin dikehendaki mengenal pasti keperluan pekerja daripada tiga aspek keperluan pencapaian iaitu  keperluan kepada prestasi,keperluan kepada pergabungan,dan keperluan kepada kuasa.
-
setiap keperluan pencapaian induvidu berbeza antara satu sama lain. 
-
pemimpin boleh menstrukturkan pendekatan yg sesuai dengan keperluan pencapaian  pekerja
-
pemimpin yg dpt mengenal pasti jenis keperluan pencapaian yg diingini oleh pekerja atau keperluan pencapaian dominan pekerja boleh menggunakan pendekatan yg sesuai untuk motivasi kpd pekerja tersebut dlm memainkan peranan pencapaian matlmat organisasi

TAMAT
 

Nio harap nota ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua ... 
gunakan dengan sebaiknya ....  

Yang buruk semuanya datang dari Nio,yang baik semuanya datang dari Allah SWT... 

so se yaa next entry ....wasalam... 

jannah .. 
May we all ..willl meet there one day ... 
InsyaAllah... >.<   <3