Hari ni nio baru sempat nak kemas kini beberapa bahan untuk pelajar stpm sem 3 ..
makin dekat dengan real exam ohh...tidak.. itu yang rakan 2 nio akan kata bila ditanya tentang hari menjelang exam sem3 hi3...kelakar pon ade la..
well nio ada jugak ambil kertas ulangan so nio ada la dapat sedikit bahan berkaitan nota sejarah penggal 1 ..tapi nio ambil pp jerr... nota sj nio ambil dari member sekelas yg mengulang .. sebenarnya cg nio yang banyak membantu dalam aspek ini thank you cg lela ..we love you so much.. insyaAllah sem 3 ini kami akan pastikan A dalam gengaman.. Sejarah..
so bagi rakan 2 lower six yg tercari2 nota silalah manfaatkan nota ini sebaiknya.. pulun bagi result sj penggal 1 korang meletop... kasih ibubapa korang bangga k...
oh.. ye.. tak lupa 4 member yang ambil kertas ulangan korang gunalah nota ini sebagai bahan bacaan semoga nota sj ini dapat membantu korang .. insyaAllah..
SEJARAH DUNIA
[1500 – 1955]
Tema 1 : Masyarakat
1.
Masyarakat
feudal England dan Jepun mempunyai corak kehidupan yang unik pada abad ke-16 dan 17. Bandingkan .
Pengenalan
Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah
kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan
pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem
kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England mengamalkan sistem
feudal pada abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di
bawah kekuasaan Keshogunan Tokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan
monarki baru. Amalan sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini mempunyai
keunikan tersendiri.
Isi-isi
Dalam susun lapis masyarakat feudal di England
dan Jepun pada abad ke 17, raja mempunyai kedudukan yang tertinggi. Raja pada
masa itu sangat dihormati dan merupakan lambang perpaduan. Raja juga sering
dikaitkan dengan agama dan kepercayaan. . Raja England merupakan ketua gereja
Kristian. Manakala Maharaja Jepun merupakan Tuhan Matahari. Malahan pada masa
itu, Raja England merupakan pemerintah berkuasa mutlak. Sebaliknya Maharaja
Jepun hanya memerintah dari segi teori sahaja. Ini kerana Maharaja Jepun telah
menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada Shogun sejak tahun 1192. Menjelang
abad ke- 17, Shogun Tokugawa memerintah
Jepun bagi pihak Maharaja. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto
dengan dikelilingi oleh pegawai istana.
Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan pembesar. Golongan
bangsawan di England dikenali sebagai Lord . Di negara Jepun, pembesar dikenali
sebagai daimyo. Kedudukan bangsawan di England terbahagi kepada beberapa
lapisan seperti bangsawan kelas pertama,
bangsawan kelas kedua dan bangsawan kelas ketiga. Pembahagian berkaitan
dengan keluasan tanah yang dimiliki.
Manakala di Negara Jepun terdapat seorang ketua daimyo yang dikenali sebagai Shogun.
Daimyo-daimyo pula dibahagi kepada 3 golongan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo
Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya. Mereka
membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah di bahagian
tengah dan utara Honshu. Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara yang
terdiri daripada saudara-mara keluarga Tokugawa. Daimyo Tuzama pula dikenali sebagai daimyo
luar di mana mereka merupakan musuh Shogun Tokugawa yang terdiri daripada
suku-suku Barat. Mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan
mereka menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun. Oleh itu sistem
pembesar feudal di Jepun sangat berbeza dengan sistem pembesar feudal di
England.
Di Negara Jepun, daimyo memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya
dalam bidang pentadbiran. Golongan daimyo menguasai dan mentadbir daerah-daerah
yang diberikan oleh Shogun kepada mereka. Manakala kedudukan bangsawan di
England mengalami kemerosotan dengan kemunculan monarki baru. Raja monarki baru
mampu mengawal golongan bangsawan. Ini kerana mereka tidak bergantung sepenuhnya
kepada ketenteraan yang dibekalkan bangsawan kerana raja mempunyai tentera upahan. Namun
begitu Raja masih lagi memerlukan sokongan golongan bangsawan . Raja telah
memberi gelaran-gelaran kepada golongan bangsawan seperti Lord , Earl dan Duke
justeru k esetiaan bangsawan terhadap raja dapat dikekalkan. Di Jepun pula,
Shogun telah member tanah kepada daimyo untuk mendapatkan sokongan dan
kesetiaan.
Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan ketenteraan. Di England
golongan tentera dikenali sebagai Knight. Di Jepun golongan tentera dikenali
sebagai Samurai. Knight dan Samurai ini berkhidmat kepada pembesar. Golongan
Knight di England mempunyai hak untuk mengutip cukai daripada penduduk di bawah
penguasaan mereka. Sebaliknya golongan samurai Jepun tidak mempunyai tanah. Oleh itu, kekayaan
golongan Knight diukur berdasarkan jumlah tanah yang dimiliki tetapi kekayaan
golongan samurai diukur berdasarkan jumlah beras yang dimiliki. Satu lagi
perbezaan antara Knight dan Samurai ialah golongan Knight di England adalah
buta huruf dan hanya menawarkan perkhidmatan mereka dalam bidang ketenteraan.
Sebaliknya golongan Samurai merupakan golongan yang paling berpendidikan dalam
sistem feudal. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan pahlawadi
Jepun. Semasa zaman keamanan Tokugawa, samurai melibatkan diri dalam aktiviti
kesenian seperti tarian Kabuki.
Masyarakat petani merupakan golongan yang
penting dalam sistem feudal di Jepun dan England. Di England golongan petani
dikenali sebagai Freeman dan Villein, manakala
golongan petani Jepun dikenali sebagai nomin. Di England golongan petani tidak
mempunyai tanah dan hanya mengusahakan tanah milik tuan tanah. Sebagai
balasannya , tuan tanah akan memberi mereka perlindungan dan jaminan
keselamatan. Sebaliknya petani di Jepun mempunyai kedudukan yang tertinggi
dalam kalangan rakyat jelata. Mereka memiliki tanah sendiri . Golongan petani
akan membayar sewa kepada tuan tanah dengan menyerahkan sebahagian daripada
hasil pertanian. Di samping itu, petani juga diperlukan untuk menawarkan
khidmat buruh kepada tuan tanah. Manakala petani di Jepun terpaksa membayar
cukai yang tinggi. Kebiasaannya petani Jepun menyerahkan 50% daripada hasil
keluaran sebagai cukai tahunan kepada daimyo. Petani juga memberi beras kepada
Samurai untuk mendapat jaminan keselamatan.
Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan di atas, terdapat
perbezaan dan pesamaan dalam system feudal yang menjadi amalan di Jepun dan
England. Keduan-dua sistem feudal mempunyai keunikan masing-masing.
2. Masyarakat Belanda abad ke-16 dan 17 menjalankan
aktiviti ekonomi berasaskan pertanian.
Bincangkan.
Pengenalan:
Masyarakat agraria
merupakan masyarakat berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil
hutan serta hasil dari sungai. Kebiasaannya, petempatan terbentuk di sekitar kawasan yang
subur, misalnya di lembah-lembah sungai, kawasan berbukit serta kawasan yang
mempunyai sistem saliran yang baik. Belanda telah mengalami ledakan ekonomi
pada tahun 1585 selepas berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Phillip
II dari Sepanyol. Revolusi pertanian yang berlaku telah menaikkan taraf hidup
masyarakat Belanda di Eropah. Belanda telah menjadi kuasa perdagangan di Eropah
dan pelabuhan Amsterdam juga turut berkembang kesan daripada kemajuan ekonomi
pada abad ke- 16 dan 17.
Isi-isi
penting :
Masyarakat Belanda mengusahakan
pertanian berskala kecil untuk dijual di pasaran tempatan dan dipasarkan di bandar
lain di Belanda. Pelbagai jenis tanaman dan sayur-sayuran ditanam ialah bawang,
biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Biji kol menjadi tanaman yang mendapat
perhatian petani-petani Belanda kerana tanaman ini menguntungkan. Biji kol
diproses untuk menghasilkan minyak dan
menjadi minyak yang penting bagi
masyarakat Belanda menjelang pertengahan abad ke17. Kawasan Zeeland dan
Bogaurden banyak ditanam dengan biji kol. Tanaman ini seterusnya ditanam di
Artois, Rhineland, Schleswig dan Holstein pada abad ke-16 hingga abad ke-17
Masyarakat petani lebih memberi tumpuan
kepada tanaman bijiin seperti gandum, barli dan oat sebagai sumber pertanian
yang utama di Belanda. Menjelang akhir abad ke-16, petani Belanda menghasilkan
gandum antara 1150 kg hingga 1900 kg bagi setiap hektar. Selain itu, tanaman
seperti kobis, kekacang dan bunga-bungaan turut diusahakan. Manakala di
Amsterdam, tanaman jagung diusahakan. Hasil pertanian telah diekport ke luar negara.
Walau bagaimanapun keadaan ini berubah pada
abad ke17, Belanda tidak dapat memenuhi permintaan terhadap bijirin kerana
pertambahan bilangan penduduk kesan dari migrasi penduduk di wilayah selatan.
Kegagalan ini telah menyebabkan Belanda mengimport bijirin dari Baltik,
Perancis dan wilayah Walloon.
Selain itu, dianggarkan satu perlima
daripada masyarakat Belanda terlibat dalam industri perikanan yang
menguntungkan Belanda. Belanda terkenal sebagai sebuah negara yang mengusahakan
pembinaan kapal yang terbaik di Eropah. Buktinya , industri pembinaan kapal di Belanda
telah mendapat kepercayaan pedagang-pedagang Nngara Eropah pada abad ke-17.
Misalnya pada tahun 1630an, sebanyak 2500 kapal Belanda telah digunakan dan
jumlah ini merupakan separuh daripada jumlah perkapalan di Eropah.
Selain pertanian, masyarakat agraria
Belanda juga menjalankan penternakan binatang. Penternakan lembu susu telah
diusahakan untuk pengeluaran bahan tenusu dan Belanda merupakan tempat utama penternakan lembu. Misalnya,
pengeluaran hasil tenusu di Holland dan
Friesland amat tinggi berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Belanda
adalah negara pengeluar hasil tenusu
seperti mentega dan keju yang terbesar di dunia. Selain dari lembu susu, lembu
daging juga diternak untuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain di selatan.
Malahan, pengeksportan lembu yang telah disembelih dan diproses berlaku antara tahun 1500 hingga tahun 1660.
Menjelang abad ke-17, penanaman bunga
seperti tulip dan hop juga dijalankan secara meluas. Hal ini berikutan
permintaan yang tinggi akibat peningkatan harga tulip antara tahun 1636 hingga
1637. Bunga hop pula ditanam secara meluas di sepanjang Sg Maas dan menjelang
abad ke 16, penanaman ini tersebar ke luar Belanda seperti pantai timur England iaitu di Kent, Essex dan Surrey. Bunga hop digunakan
dalam industri minuman keras sejak abad ke-14 dan terdapat 21 buah kilang
minuman keras di Amsterdam dan Rotterdam antara tahun 1600 hingga 1621
Kesimpulan:
Masyarakat agraria Belanda sememangnya mengamalkan
aktiviti ekonomi berasaskan pertanian namun turut sama menjalankan aktiviti
ekonomi lain. Perkembangan ekonomi Belanda membolehkan Belanda muncul sebagai
kuasa penjajah pada abad ke19.
3. Masyarakat Portugal mempunyai kebijaksanaan dalam bidang maritim pada abad
ke 16 dan 17. Buktikan pernyataan ini.
Pengenalan
Masyarakat maritim
merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut. Masyarakat ini terlibat dalam perdagangan , perikanan,
pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan, penjelajahan dan
aktiviti-aktiviti lain yang mempunyai kaitan dengan kelautan. Kemunculan
masyarakat maritim di negara Eropah dapat dikesan sejak abad ke-15. Portugal
muncul sebagai kuasa laut yang terunggul menjelang abad ke-16 . Orang Portugis
ialah bangsa Eropah terawal mempelopori pelayaran-pelayaran ke seberang laut
pada abad ke-15 .
Isi-isi
penting
1. Kebijaksanaan
dalam teknologi pelayaran
Masyarakat maritim mempunyai kemahiran
dalam teknologi pelayaran.Masyarakat maritim mempunyai kemahiran menentukan
arah pelayaran dengan menggunakan kompas magnetik dan astrolabe.Mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu nautical. Putera Henry
mendirikan sebuah sekolah pelayaran untukmelatih ahli pelayaran dan jurumudi di
Sagres.
2.
Kebijaksanaan
membina kapal
Masyarakat maritim juga mempunyai
kemahiran dalam pembinaan kapal. Mampu membina kapal yang besar seperti caravel
yang boleh belayar di lautan luas. Kemajuan dalam pembinaan kapal menyebabkan
muncul industri pembinaan kapal di Portugal
3.
Kebijaksanaan
memilih petempatan
Lazimnya masyarakat maritim tinggal di
kawasan pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan. Kedudukan berhampiran
dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti berkaitan dengan laut
4.
Kebijaksanaan
tokoh kepimpinan
Galakan pucuk pimpinan telah menjadikan
Portugal kuasaa maritim hebat di Eropah. Putera Henry atau dikenali sebagai Henry
the Navigator banyak menghabiskan masanya mempromosikan kegiatan
penjelajahan.Beliau menubuhkan Akademi Laut di Sarges dan mengundang ramai ahli
pelayaran, pakar matematik, kartografi serta astronomi dari luar untuk memberi
tunjuk ajar kepada pelaut Portugal
5. Kebijaksanaan
ilmu pengetahuan/kajibintang
Masyarakat maritim portugal menguasai
kemahiran penggunaan kompas dan dapat membantu arah pelayaran. Mereka mencipta
peta pelayaran yang lengkap tentang
benua eropah dan laut Mediteranean pada abad ke 15 yang memudahkan
pelayaran.Kesannya mereka dapat melalui tempat yang sukar dan membuka
petempatan baharu
6. Kemahiran
menguasai laut
Mempunyai keupayaan dan kebolehan dalam
menguasai jalan laut. Mengatur langkah untuk mencari dan menguasai laluan laut
ke Timur .Mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa dan
Kepulauan Rempah
7. Semangat
inkuiri
Masyarakat maritim memiliki semangat
keterbukaan.Sanggup mengharungi lautan luas dan belayar ke negara-negara lain. Menjalin
hubungan dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Hasilnya berlaku
pemindahan idea dan teknologi. Melahirkan cerdik pandai yang dapat menghasilkan
ciptaan-ciptaan baru
8. Kebijaksanaan
memilih kegiatan ekonomi berasaskan kelautan
Kegiatan
utama masyarakat maritim ialah aktiviti perdagangan .Masyarakat maritim
membekalkan hasil tempatan kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di
pelabuhan. Mereka juga terlibat dalam membeli dan mengedarkan barang dagangan
kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di pelabuhan.
Kesimpulan
Kekayaan dan kemakmuran yang dinikmati oleh
Portugal sebagai kuasa maritim adalah berpunca daripada kebijaksanaan bangsa
Eropah tersebut. Ini menyebabkan bangsa Eropah yang lain turut serta dalam
penerokaan dan pelayaran .Kejayaan dalam maritim ini telah membawa kepada
kelahiran masyarakat industri di Eropah kerana kebanjiran masuk bahan mentah
dari tanah jajahan dan peluang pasaran.
Tema 2: Pemerintahan & Pentadbiran
1.
Sejauhmanakah maharaja memainkan peranan penting dalam pemerintahan di
negara China pada abad ke 16 hingga 20.
Pengenalan
Negara
China merupakan Negara yang mengamalkan raja dan monarki mutlak pada abad ke 16
sehingga akhir abad ke 20. Sistem
maharaja yang diamalkan ini memperlihatkan pemerintahan beraja mengikut amalan
yang diguna pakai oleh masyarakat China.
Dalam masyarakat China, sistem maharaja menduduki hierarki teratas dalam
struktur sosial dan merupakan kuasa penentu dalam pentadbiran kerajaan.
Isi
Institusi
beraja memperlihatkan kedudukan maharaja sangat penting dalam masyarakat China,
mempunyai kuasa yang cukup besar serta merupakan perlambangan kedudukan
kerajaan. Pegangan konsep beraja ini
menjadi penentu kepada maharaja dalam mempertahankan pemerintahannya.
Kedudukan
politik maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate of haven atau
mandat dari syurga. Maharaja dikatakan
sebagai wakil dari syurga atau “anak syurga” dan mendapat kuasa spiritual
yang tidak terhingga. Konsep ini juga
menjelaskan bahawa maharaja dianugerahkan kuasa memerintah oleh tuhan. Melalui konsep mandat dari syurga, maharaja
menduduki hierarki teratas dalam susunan
masyarakat dan merupakan individu yang paling berkuasa dalam
kerajaan. Maharaja juga dianggap sebagai
anak syurga yang diberi mandat untuk memerintah di atas muka bumi.
Dalam
bidang eksekutif, maharaja mempunyai kuasa untuk memutuskan dasar kerajaan,
melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan, serta mengurniakan
gelaran. Maharaja China berkuasa mutlak
dalam melantik pegawai-pegawai mentadbir wilayah dan daerah yang menjalankan tugas
di bawah arahannya. Pentadbiran dan
pemerintahan maharaja dilaksanakan melalui sistem berpusat, iaitu kuasa
pentadbiran pusat berada di tangan maharaja yang seterusnya dipecahkan kepada
beberapa unit, iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (6 Badan Menteri), dan
Censorate (Lembaga Penapis).
Bagi
melicinkan pemerintahan, mahajara membahagikan pentadbiran kepada tiga fasa,
iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan, dan pentadbiran tempatan di
bawah badan pengawas. Maharaja dibantu
oleh Majlis Tertinggi yang menjadi badan penasihat utama dan terbahagi kepada
enam kementerian, iaitu Kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian
Adat, Kementerian Perang, Kementerian Keadilan, dan Kementerian Kerja
Raya. Selain itu, demi memastikan amanah
dan kesetiaan pembesar, maharaja turut menubuhkan Lembaga Penapis yang
bertindak sebagai mata dan telinga kepada maharaja bagi memaklumkan segala
aktiviti-aktiviti pembesar China.
Seterusnya,
pada peringkat wilayah pula maharaja Ming membahagikan empayarnya kepada 15
wilayah yang seterusnya dipecahkan kepada unit-unit tempatan yang lebih
kecil. Struktur organisasi pentadbiran
pada peringkat wilayah ini diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh
dua orang pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah. Maharaja Ming juga menyerahkan urusan
pemerintahan wilayahnya kepada pegawai awam, pegawai tentera, dan pegawai
pengawas. Selain itu, pentadbiran
pegawai di daerah pula ditadbir urus oleh 6 orang menteri yang terdiri daripada
Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri
Keadilan, dan Menteri Kerja-kerja Awam. Menteri tersebut akan dibantu oleh
gabenor bagi setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai tempatan.
Namun
begitu, Dinasti Ch’ing memperlihatkan pentadbiran wilayah diketuai oleh gabenor
dan dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja. Pentadbiran ketenteraan berada di bawah ilmu
ketua suruhanjaya tentera yang mempunyai
kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu.
Malah, maharaja turut berperanan sebagai ketua tentera bagi seluruh empayarnya. Hal ini dibuktikan melalui usaha maharaja
untuk mempertahankan negara dari serangan luar dan meluaskan empayar pada awal
kemunculan Dinasti Ming.
Seterusnya,
pemerintahan maharaja China adalah berkuasa mutlak dalam bidang
perundangan. Antara tugas maharaja ialah
menggubal undang-undang, mengendalikan kes rayuan serta memberi pengampunan
kepada seseorang yang didapati bersalah.
Sistem perundangan China melaksanakan hukuman secara kolektif dan
seseorang itu dianggap bersalah sehingga terbukti dia tidak bersalah.
Di
samping itu juga, maharaja China menguasai segala sumber ekonomi negara seperti
pungutan cukai, hasil bumi, perdagangan, dan sebagainya. Hal ini diperkuatkan lagi dengan
pengiktirafan tanah sebagai hak maharaja.
Maharaja memainkan peranan penting dalam urusan dasar luar Negara. Dasar pemerintahan maharaja ini membawa
kepada peluasan perdagangan dan perkembangan ilmu Barat di China. Ini dapat dilihat melalui dasar keterbukaan
semasa Dinasti Ming yang membenarkan kuasa Barat masuk berdagang di China. Semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing, iaitu
pada abad ke 19 dan awal abad ke 20, Maharaja China menjalankan dasar tutup
pintu atau konsep pengasingan. Hal ini
jelas menunjukkan peranan maharaja dalam menentukan dasar luar negara.
Maharaja
juga berkuasa dalam bidang keagamaan.
Dalam bidang keagamaan, maharaja merupakan ketua agama dan melantik
ketua-ketua agama bagi mengendalikan hal ehwal keagamaan di China. Baginda juga mengetahui semua upacara
pemujaan yang diadakan di dalam negara.
Peranan
maharaja dalam bidang intelektual pula adalah penaung dalam bidang pembelajaran
dan memberi bantuan kewangan kepada golongan intelektual yang terlibat dalam
menyelenggarakan serta menerbitkan kitab dan ensiklopedia. Baginda turut terlibat dalam perkembangan
ilmu pengetahuan dengan memberi ceramah
kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Kolej Imperial. Malah, maharaja juga mengarahkan pengendalian
peperiksaan awam serta terlibat dalam pemilihan calon dalam peperiksaan awam di
peringkat kebangsaan.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
Maharaja China berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah yang berkuasa sehinggalah kepada Perang Candu
Pertama yang menyaksikan kekalahan pihak China dengan British. Keterpaksaan
menandatangani perjanjian-perjanjian telah membawa padah kepada sistem
kemaharajaan China. Segala pembaharuan
yang dilakukan untuk menaikkan imej kemaharajaan hanya menemui kegagalan dan
akhirnya sistem beraja China selama 267 tahun ditumbangkan dalam Revolusi 1911
di China.
2. Raja Louis XIV(1643-1715 )melaksanakan
pemerintahan monarki di Perancis dengan mengukuhkan dasar dalam negara semasa
pemerintahannnya.Bincangkan.
Pengenalan
Raja Louis XIV ditabal
sebagai pemerintah Perancis pada tahun 1643. Memerintah selama 72tahun dan
menjalankan pemerintahan secara mutlak. Baginda mengambil beberapa langkah
untuk mengukuhkan pemerintahan monarki iaitu menjalankan dasar dalam negara
untuk mengukuhkan pemerintahan monarki.
Isi
Dasar Dalam Negara
Raja Louis XIV
menjalankan dasar pentadbiran yang membawa keamanan Perancis dengan memperkenalkan pelbagai langkah untuk
menyusun semula pentadbiran. Antara lainnya , baginda memperkenalkan 4 majlis
utama iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis Kewangan dan Majlis
Privy. Majlis Negara berperanan
menguruskan hal ehwal luar negara.
Majlis Despatches mengurus semua hal ehwal tempatan kecuali kewangan, Majlis Kewangan mengurus hal percukaian,
tarif, perbelanjaan dan pendapatan Negara dan Majlis Privy berperanan dalam menguruskan
bidang pentadbiran keadilan.
Baginda juga mengukuhkan
pengurusan pentadbiran dengan melantik menteri berkebolehan seperti Colbert
sebagai Menteri Kewangan, Louvois sebagai menteri Penerangan dan Vauban sebagai
Menteri Ketenteraaan. Selain itu baginda menggunakan khidmat pegawai berkebolehan bagi
mengukuhkan kuasa di provinsi bagi melaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai
provinsi
Dasar
Ekonomi
Raja
Louis XIV telah melaksanakan dasar
ekonomi merkantilisme untuk mengukuhkan
kedudukan
negaranya. Baginda memperkenalkan dan memulakan industri baru, memansuhkan tarif
tempatan, mengawal harga barang serta berusaha membina gudang senjata di Toulan. Malah baginda juga mengadakan
perhentian dagang di India, Senegal dan Madagascar untuk menggalakan
perdagangan antarabangsa dan meningkatkan perdagangan Perancis. Selain itu
baginda menggunakan pelbagai sekatan untuk meningkatkan industri tempatan
contohnya, mengenakan bayaran tarif yang tinggi kepada barangan asing serta cukai yang tinggi kepada kapal asing yang
menggunakan pelabuhan Perancis. Baginda memberi bantuan kewangan kepada
industri perkapalan Perancis yang menjalankan perdagangan.
Dasar
Ketenteraan
Raja
Louis XIV juga mengukuhkan kuasa monarki dengan menjalankan dasar ketenteraan.
Antara lainnya baginda melakukan pembaharuan dan mengawal bidang ketenteraan
seperti langkah menghapus dominasi
golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan, meletakkan tentera dalam kawalan
baginda dan melantik pegawai-pegawai tentera berasaskan merit. Untuk menarik
kesetiaan golongan tentera baginda menambahbaik ketenteraan dengan merekrut
anggota tentera dan menyediakan kemudahan seperti perumahan dan bekalan
makanan. Kesannya tentera Perancis
muncul sebagai pasukan tentera yang terkuat di Eropah
Dasar
Agama
Dasar
lain yang diamalkan oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan kekuasaan monarki
adalah memaksa golongan Huguenot menerima agama Katolik. Baginda telah membatalkan
Edict of Nantes yang memberi
kebebasan beragama kepada golongan
Huguenot pada 1685. Hal ini menyebabkan
seramai 200 ribu orang orang Huguenot meninggalkan Perancis
Dasar
Luar
Melalui dasar luar Raja
Louis IXV melakukan dasar perluasan kuasa dan berjaya meluaskan wilayah
Perancis hingga ke perbatasan Sungai Rhine. Baginda menguasai wilayah-wilayah
yang diperintah oleh putera-putera Jerman, Belguim dan Belanda
Kesimpulan
Raja Louis XIV
mengukuhkan pemerintahan monarkinya bukan sahaja melalui dasar dalam negara
tetapi melalui dasar lain seperti dasar ekonomi, dasar ketenteraan dan dasar
agama.Semua dasar yang dijalankan berjaya mengukuhkan kedudukan sistem
tersebut. Kesannya Perancis muncul sebagai negara yang kuat dan berpengaruh di
Eropah.
- Amerika Syarikat
mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan . Bincangkan pernyataan di atas dalam konteks pemerintahan persekutuan
di Amerika Syarikat.
Pengenalan
Persekutuan
ialah gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas tetapi
menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.Pemerintahan
persekuatuan merupakan satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa antara
kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan.
Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa
masing-masing. Pada 4 Julai 1776,
kongres dalam persidangan yang diadakan di Philadelphia melulusakan
Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah ditulis oleh
Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13 buah koloni digabungkan
menjadi Amerika Syarikat yang merdeka.
Isi-isi
penting
Di dalam
sistem pentadbiran di Amerika Syarikat, kuasa kerajaan dibahagikan kepada
kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini mempunyai bidang kuasa
masing-masing dalam perkara-perkara tertentu. Pada awalnya, Artikal Persekutuan
yang digubal selepas Amerika Syarikat bebas daripada British menjadi panduan
dalam pembentukan negara Amerika Syarikat. Malangnya, artikal ini tidak mampu
mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat. Hal ini berpunca daripada pembahagian
kuasa yang sedikit kepada kerajaan persekutuan. Secara tidak langsung
kekurangan ini menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara yang lemah dan tidak
mampu untuk menjalankan projek-projek pembangunan di samping tidak mempunyai
sumber kewangan yang mencukupi. Kerajaan persekutuan terpaksa bergantung kepada
sumbangan kerajaan negeri sebagai sumber ekonomi. Pada peringkat ini juga,
kerajaan persekutuan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan dengan
negeri-negeri atau negara lain.
Oleh
yang demikian, Konvensyen Philadelphia 1787 telah diadakan bagi membincangkan
tentang kuasa yang akan diberikan kepada kerajaan pusat. Dari sini terbentuknya
Perlembagaan Amerika. Perlembagaan ini memperuntukkan perkara-perkara penting
seperti dasar dasar luar negeri, pertahanan, cukai, dan mata wang dikuasai oleh
kerajaan pusat, member kebebasan kepada negeri-negeri menggubal undang-undang
berkaitan adat dan budaya tempatan serta member kuasa yang lebih besar kepada
kerajaan persekutuan. Manakala, perlembagaan memperuntukkan hal-hal tempatan
terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Menjelang tahun
1788, Sembilan buah negeri telah mengesahkan perlembagaan tersebut. Namun, oleh
kerana pengaruh pihak antifederal, negeri New York masih belum dapat
mengesahkan perlembagaan tersebut. Dengan hasil usaha golongan federalis
seperti Alexander Hamilton, John Jay, dan James Madison menerusi penerbitan
buku, The Federalis. Akhirnya, New York mengesahkan untuk menyokong
Perlembagaan Amerika.
Perlembaan Amerika juga menggariskan badan-badan memerintah negara bagi
melindungi negara dari sebarang unsure-unsur authoritarian dan radikal.
Perlembagaan telah menggariskan bahawa struktur kerajaan terdiri daripada tiga
bahagia, iaitu Eksekutif, Perundangan, dan Kehakiman. Kuasa Eksekutif diteraju
oleh Presiden. Presiden dipilih untuk tempoh empat tahun. Selepas empat
tahun,Presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua selama empat tahun.
Badan
perundangan, iaitu Kongres terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
Kongres berfungsi utk mengimbangi kuasa Presiden yang memiliki kuasa veto.
Presiden Amerika Syarikat boleh membatalkan undang-undang melalui kuasa veto
dan mengawasi Kongres. Namun melalui dua pertiga undi Kongres, kedua-dua dewan
dapat mengatasi kuasa veto Presiden. Ahli Dewan Senat dan Dewan Perwakilan
dipilih oleh rakyat.
Badan
Kehakiman terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Badan
ini merupakan badan yang bebas. Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap
Presiden sekiranya Presiden melanggar perlembagaan.
Pilihan
raya pertama bagi Amerika Syarikat diadakan pada 4 November 1789 dan dalam
pilihan raya tersebut, George Washington telah dilantik sebagai Presiden
Amerika Syarikat yang pertama.
Kesimpulan
Pembentukan kerajaan persekutuan di
Amerika Syarikat dilihat sebagai salah satu cara yang paling berkesan untuk
menggabungkan negeri-negeri yang pernah menjadi koloni British. Kerajaan Persekutuan dilihat memberi kuasa
yang lebih banyak kepada rakyat dan pada masa yang sama, hak dan kebebasan
peribadi rakyat tidak diusik. Sekaligus,
ini membantu Amerika Syarikat untuk muncul sebagai kuasa besar dunia.
TEMA 3: Kemajuan & Pembangunan
1.
“Pembaharuan
yang dilakukan semasa pemerintahan
Maharaja Meiji meletakkan asas bagi kemajuan dalam sektor perindustrian di
Jepun.”
Nilaikan
pernyataan ini.
Pengenalan
Latar belakang Jepun : sebuah negara
yang mengamalkan dasar tutup pintu (sakoku) atau dasar pemencilan. Kedatangan
Komondor Matthew Perry dengan “kapal hitam” Angkatan laut Amerika Syarikat
berjaya mengubah dasar tutup pintu
Perubahan sistem pemerintahan Jepun :
melalui perjanjian Kanagawa (Konvensyen Kanagawa) Matthew Perry dengan angkatan
laut yang kuat dan berteknologi moden berjaya memaksa Jepun menerima kehadiran
kuasa Barat.
Pemerintahan Meiji : peralihan era keshogunan (yang mengamalkan
dasar feudal) kepada era Meiji. Bermulanya zaman Pemulihan Meiji atau zaman
pembaharuan Meiji. Membawa kesan positif di Jepun seperti mempercepat proses
pemulihan dan perindustrian di Jepun.
Isi
Pembaharuan semasa pemerintahan Meiji:
1. Dasar kerajaan Meiji
- kerajaan memberikan bantuan kepada pengusaha
persendirian
- bantuan
modal kepada pengusaha industri
- latihan
dan khidmat nasihat kepada pengusaha industri
- bengkel-bengkel
mengenai teknik perniagaan
- mendapatkan
khidmat pakar daripada luar negara untuk memodenkan perindustrian
2. Pembaharuan
dalam bidang ekonomi
a) sektor
pertanian berkembang pesat
- langkah tingkatkan pengeluaran hasil
pertanian
- hantar pelajar jurusan pertanian ke luar
negara
- import pakar pertanian
- import benih baru
- baja kimia digunakan secara intensif
- sistem pengairan dibaiki
- menggalakkan tanaman dagang seperti teh dan
sutera
b) dasar kewangan
yang teratur
- mata wang
diperkenalkan
- bank ditubuhkan (contoh: Mitsui-Ono Bank,
Bank Negara, Bank Pusat Jepun,
Bank Hypothec, Bank Perindustrian)
- akhir abad ke-19, 200 buah bank) telah
membantu pertumbuhan industri
3. Langkah
lain
-
kemajuan dalam pengangkutan
-
kemajuan telegraf
-
kemunculan pengusaha-pengusaha
baru
Kesimpulan
-
Peranan kerajaan amat penting
sebagai asas kepada kemajuan negara dalam semua bidang.
-
Maharaja Meiji dan pemimpin-pemimpin
Meiji memainkan peranan penting dalam meletakkan asas perkembangan sektor
perindustrian di Jepun.
-
Hingga kini Jepun menjadi negara
maju yang setanding dengan negara Barat.
- Sumbangan
yang diketengahkan oleh Charles Louis Montesquieu melalui karya-karya
beliau banyak membawa perubahan
kepada landskap politik
di Eropah pada abad ke-19. Bincangkan.
Pengenalan
Zaman Pencerahan (enlinghtenment)
(1650-1800 M) adalah satu gerakan intelektual yang berlaku di Eropah selepas
Renaisans dan Reformasi .
Enlightenment bererti Zaman Kesedaran
iaitu semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal dan berasaskan
sebab-musabab dan keadah-kaedah saintifik.
Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju
masyarakat yang lebih terbuka, mengarah
untuk kebahagiaan individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang tidak
dikongkong dan suatu masyarakat yang bedasarkan undang-undang. Antara ahli-ahli
falsafah yang berpengaruh ialah Charles Louis Montesquieu (1689-1755)
Atau:
Latar belakang Charles Louis Montesquie,
dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya Perancis pada 18 Januari 1689.
Lulusan undang-undang dari Universiti Bordeaux dan Berjaya jadi peguam pada
1708. Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak memberi sumbangan
dan idea semasa Zaman Pencerahan. Pada tahun 1716, Montesquieu dilantik sbg
Presiden Parlimen Bordeaux menggantikan bapa saudaranya.
Idea beliau melalui buku yang terkenal
ialah Spirit of the Laws yang diterbitkan pada tahun 1748 telah membawa perubahan
yang besar kepada lanskap politik dunia pada abad ke 19.
Karya lain ialah The Considerations on
the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans (1734) dan Letters
Persanes (1721)
Isi
The Spirit of Laws mengetengahkan 2 idea utama iaitu pertama
bentuk kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan.
Contohnya despotisme (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk
empayar yang besar dalam iklim panas dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam
negara kota kecil.
Doktrin yang kedua ialah menentang
pemerintahan mutlak di Perancis iaitu pembahagian dan imbangan kuasa.Menurut
beliau pemerintahan mutlak menyekat kebebasan hak asasi rakyat.
Doktrin yang terkenal ialah
doktrin pembahagian kuasa . Menurut
beliau kuasa perlu dibahagikan antara raja, bangsawan, bandar dan gereja. Beliau
menegaskan perlu ada pemisahan antara pembentuk undang-undang /perundangan
(eksekutif), Pelaksana keputusan perwakilan rakyat (cabinet) dan penghukum / pelanggar undang-undang
/kehakiman (judiciary)
Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan
tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki kebebasan.
Buku The
Consideration on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans pula
memaparkan sejarah kebangkitan, kegemilangan dan kejatuan kerajaan Rom.
Beliau menyatakan dengan memahami
kegemilangan dan kejatuhan sesebuah
empayar, sesorang perlu memahami masyarakatnya terlebih dahulu dan boleh
dijadikan iktibar untuk sesebuah negara. Kemerosotan moral dalam anggota
masyarakat membawa kepada kejatuhan empayar Rom
Karya Letters
Persanes pula mengkritik masyarakat Perancis khususnya kerana kemerosotan moral
pada penghujung zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Louis XV.
Kesan kepada perubahan lanskap
politik eropah/dunia:-
Menamatkan pemerintahan mutlak di Perancis
apabila berlakunya Revolusi Perancis pada 1789.
Revolusi ini menamatkan pemerintahan
feudal dan digantikan pemerintahan yang mendokong kedaulatan rakyat (Prinsip
rakyat harus memerintah sendiri), kebebasan (kebebasan daripada kerajaan mutlak
termasuk penangkapan dan pemenjaraan yang tidak adil) dan persamaan (hak yang
sama kepada setiap individu dalam segala bidang.
Muncul pemerintah enlightened despot iaitu raja-raja memerintah dengan penuh
kesedaran dan mempraktikan undang-undang yang tegas.
Selain itu, berlakunya pemusatan kuasa
dalam pemerintahan iaitu keistimewaan
yang dimiliki oleh provinsi (wilayah ) dihapuskan
Berlaku perubahan dalam jentera
pentadbiran iaitu pemerintah membina jentera pentadbiran sebuah Negara moden
yang berfungsi tanpa campur tangan raja. Raja-raja juga bertindak menggantikan
pegawai-pegawai kerajaan di peringkat pusat, provinsi dan tempatan. Perlantikan
mereka berasaskan teori-toeri politik oleh golongan intelektual.
Perubahan sistem percukaian iaitu raja
menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan bangsawan dan cukai
ditaksir dan dibayar mengikut kemampuan
pembayar.
Doktrin beliau mengenai pengasingan kuasa amat berpengaruh
terhadap bangsa Amerika dan beberapa negara lain sehinggakan penggubalan
Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1787 berdasarkan idea beliau.
Kesimpulan
Charles
Louis Montesquieu telah banyak
memberikan sumbangan kepada Perancis khususnya
iaitu dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di Perancis dan mengubah secara drastik lanskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah
apabila idea beliau tersebar ke Negara-negara lain di benua Eropah. Idea dan
doktrin beliau mempunyai pengaruh dalam penggubalan perlembagaan di dunia hari
ini.
- Nilaikan
sumbangan Adam Smith yang membawa kepada pemikiran ekonomi di Eropah.
Pengenalan
Adam Smith merupakan seorang pakar
ekonomi dan ahli falsafah Scotland.
Adam Smith terkenal kerana pengaruh
bukunya, The Wealth Of Nations dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi Moden.
Semasa berusia 14 tahun, Adam Smith
memasuki Universiti Glasgow dan mempelajari bidang falsafah moral. Beliau
pernah memgang jawatan sebagai Rektor Universiti Glasgow dan menghembuskan
nafas terakhir di Edinburgh pada 17 Julai 1790.
Isi
-
Adam Smith pelopor idea
perdagangan bebas melalui bukunya “The Wealth of Nations”. Melalui buku ini
beliau memajukan kes yang komprehensif untuk kebebasan perdagangan berasaskan
kritikannya terhadap sistem merkantilisme. Laissez-faire istilah Perancis yang
membawa pengertian “biarkan keadaan seperti sedia ada”. Ia berasal daripada
kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang mahukan urusan perdagangan mereka
tidak diganggu oleh kerajaan.
-
Doktrin laissez-faire
dikembangkan oleh Adam Smith di England dengan menubuhkan institusi yang
dikenali sebagai School of Political Economy. Ideanya dipengaruhi oleh Richardo
dan Thomas Malthus. Ketiga-tiganya berpendapat, kerajaan tidak harus campur tangan
dalam urusan ekonomi dan sebaliknya membiarkan ia berfungsi seperti biasa.
Dipercayai ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap dan memaksimumkan
kebajikan umum.
-
Doktrin laissez-faire yang
digalakkan selepas Revolusi Perindustrian meminta negara menjadi penonton dan
membiarkan ekonomi kepada kuasa permintaan dan penawaran. Antara kritikan yang
dikeluarkan Adam Smith terhadap dasar merkantilisme ialah tindakan kerajaan
mengawal koloni. Menurut beliau koloni hanya akan berkembang pesat jika diberi
kebebasan untuk menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri. Tindakan
mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dari segi
kewangan. Kritikan ini juga ditujukan kepada monopoli Syarikat Hindia Timur
Inggeris.
-
Smith menganggap perdagangan akan
meluaskan pasaran dan pembahagian kerja. Hal ini akan membolehkan hasil lebihan
dipasarkan ke luar negara. Hujah beliau juga membawa maksud pengkhususan
antarabangsa tidak dapat dielakkan dan menjadi sebahagian daripada proses
kemajuan.
-
Menurutnya, perdagangan bebas
akan menambahkan pendapatan, mengurangkan kos pengeluaran dan membolehkan modal
mengalir kepada sektor yang produktif dan akan meningkatkan permintaan untuk
tenaga buruh. Idea beliau menjadi realiti apabila lebihan barangan kapas
Manchester dipasarkan ke India menjelang abad ke-19 Masihi.
-
Perbincangan Smith juga menyentuh
tentang nilai dan pengelasan dalam masyarakat. Nilai bagi Smith ialah kuasa
untuk membeli barangan lain. Menurutnya, nilai sesuatu barangan boleh diketahui
daripada jumlah tenaga buruh yang digunakan.
Kesimpulan
-
Melalui karyanya, The Wealth of
Nation, Adam Smith banyak memberi sumbangan dalam bidang ekonomi moden yang
diguna pakai hingga hari ini dan doktrin yang diketengahkan beliau sesuai bagi
mengurus ekonomi negara.
- “Revolusi
Perancis telah memberikan impak besar terhadap sistem pendidikan di
Perancis pada abad ke-19 Masihi.”
Bincangkan.
Pengenalan
-
Konsep pendidikan : kegiatan yang
dijalankan secara terancang & sistematik terhadap perkembangan jasmani,
rohani dan intelek untuk melengkapkan kehidupan seseorang bagi menjalani kehidupan
yg sempurna.
-
Tempoh Zaman Pencerahan dan
Revolusi Perancis telah membawa perubahan besar dalam sistem pendidikan di
Perancis. Hal ini kerana kesan ledakan percetakan yang membawa kepada terbentuk
masyarakat yang menguasai kemahiran membaca.
-
Sebelum abad ke-17 dan 18,
pendidikan di Perancis di bawah tanggungjawab golongan raja. Kesannya :
pendidikan ketika itu tertumpu pada kelas-kelas tertentu dalam masyarakat.
Pendidikan juga terhad kepada kaum lelaki yang terdiri daripada golongan
bangsawan, pedagang dan profesional
-
Sistem pendidikan di Perancis
mula berubah pada tahun 1880 apabila Jules Ferry menjadi Menteri Pelajaran.
Sekolah yang mempunyai guru terlatih dibina di setiap bandar dan kampung untuk
memberikan pendidikan percuma dan wajib kepada semua masyarakat. Sekolah tidak
lagi berada di bawah pengaruh gereja.
Isi
1.
Dasar Pendidikan
-
Kesan pendidikan percuma dan
wajib yang diberikan ialah Perancis menjadi negara Eropah yang mempunyai rakyat
celik huruf tertinggi. Pertengahan tahun 1920-an, majoriti rakyat Perancis
telah celik huruf dan 50% rakyat Perancis mendapat pendidikan rendah
-
Kesedaran untuk memajukan sistem
pendidikan pada abad ke-18 makin popular kerana kesan daripada perkembangan
idea demokrasi dalam kalangan rakyat Perancis. Pendidikan yang harus disediakan
kepada rakyat berada di bawah tanggungjawab pemerintah.
-
Pada zaman Napoleon : perubahan
dalam dasar pendidikan dilakukan. Sistem pendidikan diseragamkan di seluruh
Perancis. Semua institusi pendidikan di Perancis disatukan dan diletakkan di
bawah badan induk iaitu Universiti Perancis.
-
Sistem pendidikan di Perancis
pada era Napoleon tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana polisi Napoleon
yang lebih mengutamakan aspek peluasan kuasa atau gerakan militer.
-
Zaman selepas Napoleon : sistem
pendidikan di Perancis diubah lagi. Pendidikan berteraskan teologi dan moral.
Pendidikan diletakkan di bawah penguasaan gereja.
-
Selepas Revolusi 1830 : Louis
Philippe yang menjadi pemerintah telah membuat perubahan yang ketara dalam
sistem pendidikan. Beliau telah membebaskan sistem pendidikan daripada pengaruh
gereja. Pendidikan pada zaman beliau diletakkan di bawah kuasa kerajaan dan
sistem pendidikan kebangsaan yang seragam diperkenalkan.
-
Pertengahan abad ke-19, Kerajaan
Republik Kedua Perancis telah ambil usaha untuk kukuhkan sistem pendidikan.
Menteri Pendidikan mengetuai Majlis Tertinggi untuk menguruskan sistem
pendidikan. Untuk melicinkan pengurusan pendidikan, Majlis Akademi ditubuhkan
di setiap daerah. (Terdapat 17 Majlis Akademi)
-
Akhir abad ke-19, pendidikan
diwajibkan kepada kanak-kanak yang berumur 7 hingga 14 tahun. Kerajaan Perancis
juga melaksanakan pendidikan percuma kepada kanak-kanak.
2.
Institusi Pendidikan
·
Pendidikan rendah:-
ü peraturan
yang berhubung dengan penubuhan dan pengurusan sekolah rendah di Perancis
terkandung dalam Undang-Undang 1795.
ü setiap
komuniti perlu sediakan bangunan dan kemudahan untuk dijadikan bangunan sekolah
dan rumah guru
ü sekolah
diselia oleh ketua jabatan dan gaji guru diperoleh daripada yuran pelajar
ü memberikan
penekanan kepada kemahiran membaca, menulis, mengira, bahasa Perancis, moral
dan agama
·
Pendidikan menengah:-
ü dijalankan
di Lyceum dan Kolej Awam
ü Lyceum
sediakan kemudahan seperti bangunan sekolah dan dana pengurusan sekolah
diperoleh daripada kutipan yuran pelajar
ü Kolej
Awam ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran dan perlu mendapat lesen daripada pihak
kerajaan
·
Sekolah tinggi:-
ü Undang-Undang
1802 memperuntukkan penubuhan sekolah tinggi
ü 1803
: sekolah tinggi sastera dan perdagangan didirikan
ü 1804
: sekolah teologi yang menekankan pengajian agama Katolik mula dibuka
·
Sekolah wanita:-
ü Sekolah
Saint-Cyr diasaskan oleh Madame de Maintenon untuk beri peluang kanak-kanak
perempuan bersekolah
ü ketika
itu wujud ketidaksamaan gender dan pandangan tradisional masyarakat yang
menganggap wanita sebagai kaum yang lemah
·
Universiti:-
ü diletakkan
di bawah bidang kuasa Majlis Universiti
ü ketua
pentadbir dan Majlis Universiti dibantu oleh reaktor
ü terdapat
lima fakulti iaitu Sastera, Teologi, Undang-undang, Perubatan dan Sains
ü pengendalian
peperiksaan dan pengurniaan ijazah dikendalikan dalam fakulti
ü 1890
: 15 fakulti yang berasingan telah disatukan di bawah Universiti Negeri
Kesimpulan
-
abad ke-18 Masihi, sistem
pendidikan di Perancis mengalami perubahan yang pesat iaitu sistem pendidikan
kebangsaan mula diperkenalkan
-
pendidikan negara Perancis mula
bebas daripada kongkongan gereja
-
sistem pendidikan yang
dilaksanakan secara menyeluruh dapat memenuhi aspirasi pemerintah
- “Sistem pendidikan
di Jerman mengalami perkembangan yang pesat pada abad ke-19 Masihi.” Bincangkan pernyataan ini.
Pengenalan
-
Zaman Pencerahan / Enlinghtenment
(1650-1800 Masihi) ialah satu gerakan intelektual yang berlaku perubahan besar
dalam sistem pendidikan di Jerman kerana kerajaan Jerman mengambil alih sistem
pendidikan yang sebelumnya dikuasai oleh pihak gereja.
-
Sistem pendidikan kebangsaan
lebih mengutamakan kepentingan negara dengan pelbagai perubahan dilakukan
terhadap dasar pendidikan, institusi pendidikan dan kurikulum pendidikan
Isi
1.
Dasar Pendidikan
-
Awal abad ke-18, pendidikan
terletak di bawah penguasaan gereja.
-
Raja Frederick II telah mengambil
tindakan untuk mengawal pentadbiran sekolah.
-
Beliau telah mengubal kod
undang-undang sekolah pada tahun 1763 dan 1765 dengan seorang inspektor
dilantik oleh kerajaan pusat untuk menjalankan pemeriksaan terhadap
sekolah-sekolah.
-
Akhir abad ke-18, Lembaga Sekolah
ditubuhkan untuk melaksanakan kawalan pusat terhadap sekolah-sekolah menengah
dan sekolah tinggi di Prusia.
-
Abad ke-19, sistem pendidikan
Jerman berada di bawah kawalan kerajaan sepenuhnya dengan semua hal ehwal
pendidikan terletak di bawah Menteri Pendidikan.
-
Jabatan Pendidikan Awam
ditubuhkan pada tahun 1809 bagi mengawal segala dasar tentang pengurusan sekolah
-
Mata pelajaran serta buku-buku
teks ditetapkan oleh kerajaan pusat.
-
Perlantikan guru serta penyeliaan
sekolah juga dikawal oleh kerajaan pusat.
-
Undang-undang berhubung
pengurusan dan pentadbiran sistem pendidiakan diperkenalkan seperti
mengisytiharkan kod undang-undang bagi sekolah-sekolah Latin dan sekolah yang
dikendalikan oleh golongan mubaligh
-
Melalui ‘Advisory Order’ ibu bapa
diwajibkan menghantar anak-anak ke sekolah dan akan dikenakan denda jika enggan
menghantar anak-anak ke sekolah.
-
Raja Frederick II mengisytiharkan
undang-undang ‘General Land-Schule Reglement’ yang merupakan undang-undang
persekolahan yang pertama bagi seluruh Prusia.
2.
Institusi Pendidikan
·
Menjelang abad ke-19, institusi
pendidikan di Jerman terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah
teknik dan universiti.
·
Pendidikan rendah:-
ü sekolah
rendah ditubuhkan pada akhir abad ke-18
ü sekolah
rendah (volkschulen) terbuka kepada
semua lapis penduduk di Jerman
ü pendidikan
sekolah rendah seawal umur tujuh hingga 14 tahun
ü pengajian
meliputi membaca, menulis, mengira, geografi, sejarh dan gimnastik
·
Pendidikan menengah:-
ü terdiri
daripada dua aliran, iaitu sekolah gymnasium
dan sekolah awam (real-school)
ü tempoh
pengajian di sekolah menengah meliputi jangka masa sembilan tahun dan dikenakan
yuran pengajian
ü pengajian
di gimnasium mengutamakan pembelajaran bahasa Latin dan Greek dan para pelajar
boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti
ü sekolah
awam nenekankan pembelajaran matematik, sains, bahasa moden dan bahasa ibunda
ü pelajar
dilatih untuk menjalani kehidupan seharian dengan teratur.
·
Pendidikan teknikal:-
ü Kerajaan
memberi keutamaan pada pendidikan dalam bidang teknologi bagi membangunkan
sektor perindustrian dan perdagangan di Jerman.
ü Penekanan
diberikan kepada mata pelajaran teknikal di sekolah menggantikan sistem
pembelajaran tradisional
ü Sekolah-sekolah
teknik seperti politeknik dan sekolah perdagangan ditubuhkan.
·
Universiti:-
ü Institusi
pengajian tinggi di Jerman ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri
ü Kerajaan
memberikan dana dan bantuan kewangan kepada institusi pengajian tinggi
ü Terdapat
empat fakulti iaitu Teologi, Undang-undang, Perubatan dan Falsafah
3. Kurikulum
pendidikan Jerman
-
Kurikulum
sekolah rendah:-
ü
Pembelajaran di sekolah rendah
adalah berasaskan Pestalozzi.
ü
Penekanan diberikan kepada
perkembangan mental kanak-kanak.
ü
Penekanan diberikan kepada mata
pelajaran Geografi, Sejarah dan Bahasa Jerman.
ü
Selain itu, subjek Lukisan,
Muzik, Matematik dan agama juga diajar kpd kanak-kanak.
-
Kurikulum
sekolah Menengah
ü
Usaha diambil untuk menyeragamkan
pembelajaran di sekolah-sekolah menengah.
ü
Mata pelajaran yang diajar ialah
Bahasa Latin, Bahasa Greek dan Bahasa Jerman.
ü
Selain itu, penekanan juga
diberikan kepada mata pelajaran Matematik, sejarah, Geografi, Agama dan Sains.
ü
Selain itu, penekanan juga
diberikan kepada pengajian humanisme.
-
Kurikulum
peringkat universiti
ü
Pengajian di peringkat universiti
memberi penekanan kepada pelbagai lapangan ilmu.
ü
Kajian dan penyelidikan
dijalankan dalam bidang philologi, egiptologi, sejarah, falsafah, psikologi,
undang-undang, anatomi, zoologi, kimia dan fizik.
Kesimpulan
-
Menjelang abad ke-18 dan abad
ke-19 Masihi, terdapat sistem pendidikan yang teratur dan sistematik di Jerman
-
Perkembangan dalam kurikulum
menyebabkan muncul ramai sarjana dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan di
Jerman.
-
Kemunculan pelbagai institusi
pendidikan melambangkan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Jerman dalam
lapangan pendidikan
TEMA 4 :Nasionalisme & Pembentukan
Negara Bangsa
- Analisiskan
reaksi masyarakat tempatan China terhadap perluasan kuasa barat selepas
pertengahan abad ke 19 hingga akhir abad ke 19.
Pengenalan:
Menjelang pertengahan abad ke 19, dasar isolasi
(dasar tutup pintu) kerajaan China mengalami perubahan. Reaksi masyarakat China
terhadap kuasa Barat bermula selepas China kalah dalam Perang Candu pertama
pada tahun 1839 -1842 , Perang Candu kedua tahun 1856-1860 dan Perang
China-Jepun pada tahun 1894-1895. Kesan peperangan inilah yang mempengaruhi reaksi masyarakat China terhadap
kuasa Barat .
Isi-isi
penting :
1 .Perjanjian Nanking (1842) menandakan kemerosotan
Dinasti Manchu kerana tidak lagi berupaya untuk mempertahankan Negara China
dari penceroboh kuasa-kuasa Barat. Justeru itu wujud kepercayaan dalam kalangan
masyarakat China bahawa kerajaan Manchu telah hilang mandat dari syurga. Turut
mengeruhkan keadaan , apabila Negara China terpaksa menandatangani perjanjian
perjanjian seperti Perjanjian Boque , Perjanjian Wangsia , Perjanjian Whampao.
Keadaan inilah yang memberi impak yang besar kepada masyarakat China terhadap
perluasan kuasa Barat.
2. Kekalahan China dalam siri peperangan dengan
kuasa Barat telah memberi satu tamparan yang hebat kepada masyarakat China
dalam soal maruah. Maka dengan itu Negara China ingin mengorak beberapa langkah
untuk mengembalikan kekuasaan mereka . Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895)
merupakan langkah yang diambil oleh China untuk mengatasi kekuasaan Barat.
i. Ketenteraan
Kerajaan China mengambil langkah-langkah untuk memodenkan bidang
ketenteraan.Pemimpin-pemimpin seperti Putera Kung dan Wen-hsiang bahawa
kekurangan senjata moden merupakan punca kekalahan China dalam peperangan
dengan kuasa-kuasa Barat. Kerajaan China mengambil tindakan untuk memodenkan
tentera mengikut system ketenteraan Barat. Antara langkah yang diambil ialah
pembinaan kilang senjata, penubuhan sekolah dan biro penterjemahan tujuan untuk bidang kejuruteraan dan ketenteraan
ke dalam bahasa China. Pembinaan limbungan kapal,penubuhan angkatan tentera
laut dan penghantaran pegawai-pegawai keluar Negara merupakan reaksi masyarakat
China terhadap kuasa Barat.
ii. Ekonomi
Kerajaan China mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan ekonomi
Negara, antaranya ialah menubuhkan pelbagai jenis industri kecil-kecilan untuk
menambahkan pendapatan negara. Hal ini kerana Negara China terpaksa menanggung
hutang yang banyak dan terpaksa membayar ganti rugi kepada kuasa-kuasa Barat
akibat kekalahan dalam perang.
iii. Membangunkan Sistem Perhubungan
dan Pengangkutan
Kerajaan China beranggapan bahawa kekalahan mereka terhadap kuasa Barat
ekoran daripada system perhubungan dan pengangkutan yang kurang baik. Anara
langkah yang diambil untuk membangunkan sistem perhubungan dan pengangkutan
ialah pembinaan landasan kereta api, talian telegraf dan perkhidmatan pos.
Keadaan ini juga menggambarkan kepada kita bahawa reaksi masyarakat tempatan
China terhadap kuasa Barat membawa kepada perubahan positif kepada Negara
China.
iv. Diplomatik
Kerajaan China mengambil langkah menjalinkan hubungan diplomatik dengan
kuasa-kuasa Barat untuk mengatasi kelemahan mereka iaitu dalam bidang ilmu
pengetahuan dan teknologi. Sebuah jabatan yang dikenali sebagai Tsungli Yamen
ditubuhkan bagi menguruskan hubungan diplomatik kerajaan China dengan
negara-negara Barat pada tahun 1861 .Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa
reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat membawa kebaikan kepada
masyarakat China.
v. Pendidikan
Sistem pendidikan di Negara China turut mengalami perubahan ekoran
daripada kekalahan China terhadap kuasa Barat. Pada tahun 1862 sebuah maktab
bahasa yang dikenali sebagai Tung-wen Kuan ditubuhkan di Peking. Maktab ini
ditubuhkan untuk mengajar bahasa-bahasa eropah dan ilmu pengetahuan Barat
kepada pegawai-pegawai kerajaan China.
Walau bagaimanapun Gerakan Menguatkan Diri tidak
mencapai kejayaan yang menyeluruh ekoran daripada beberapa sebab seperti
ketiadaan pemimpin yang cekap , tentangan daripada golongan konservatif dan
ketiadaan penyelarasan. Tetapi keadaan ini telah membawa reaksi masyarakat
tempatan terhadap kuasa Barat.
3 .Pemberontakan Boxer (1899)
Sentimen anti-asing dalam kalangan orang China wujud
selepas Negara China kalah dalam peperangan dengan kuasa-kuasa Barat. Reaksi
masyarakat tempatan China dapat kita lihat melalui pemberontakan ini.
Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang
China yang beragama Kristian. Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi
gelap China yang dikenali sebagai I Ho
Chuan (Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian)
Tindakan kuasa- kuasa Barat menyebabkan wujudnya
kebimbangan masyarakat China bahawa Negara China akan dibelah bahagikan sesama
kuasa Barat. Lantaran itu adalah menjadi kewajipan orang-orang China untuk
mengusir orang-orang asing keluar dari Negara China.
Perkembangan agama Kristian dianggap sebagai satu
penghinaan terhadap kepercayaan dan falsafah orang China yang berasaskan ajaran
Confucius . masyarakat China juga turut menunjukkan kebencian terhadap orang
China yang memeluk agama Kristian sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka
telah diperalatkan oleh orang-orang asing. Disini jelas menunjukkan kepada kita
reaksi masyarakat tempatan erhadap kuasa Barat.
Penguasaan Ekonomi China oleh orang asing telah
menambahkan sentimen anti-asing dalam kalangan orang-orang China. Kemelesetan
ekonomi dan pengangguran merupakan impak
negatif kepada China. Kemerosotan taraf hidup akibat penguasaan ekonomi China
oleh orang asing telah menyebabkan ramai petani dan penganggur menyertai
Gerakan Boxer. Malangnya Gerakan Boxer ditumpaskan oleh pasukan tentera
bersekutu yang terdiri daripada Britan,Perancis dan Rusia.
Kesimpulan:
Kesimpulannya walaupun pelbagai reaksi yang
dilakukan oleh masyarakat China terhadap kuasa Barat namun kerajaan China
terpaksa tunduk terhadap kuasa Barat pada akhirnya. Selain itu, kerajaan China
terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Hal ini berlaku kerana kelemahan
sistem pentadbiran kerajaan China dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Landskap politik China menampakkan perubahan yang besar menjelang abad ke 20.
2. Sejauhmanakah pendidikan di Barat
telah membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat di India pada
abad ke 20.
Pengenalan
Kesedaran kebangsaan dalam kalangan
rakyat India dapat dikesan sebelum tahun 1857 lagi.
Kemunculan pertubuhan-pertubuhan
sosioagama sebelum tahun 1857, menandakan bermula semangat kebangsaan di India.
Pendidikan Barat yang diperkenalkan
British merupakan faktor utama yang melahirkan kesedaran kebangsaan dalam
kalangan rakyat India/ cerdik pandai
Pendidikan Barat menyebabkan rakyat India terdedah kepada konsep-konsep
seperti kebebasan, demokrasi, persamaan dan hak asasi individu.
Pperkembangan ini melahirkan tokoh-tokoh
nasionalis yang memainkan peranan dalam
gerakan kebangsaan di India.
Tokoh-tokoh tersebut ialah Raja Ram
Mohan Roy, W.C.Banerjee, Surendranath Banerjee, G.K. Gokhale.
Isi-isi penting:
1. Bahasa Inggeris
-Bahasa Inggeris memainkan peranan membangkitkan kesedaran
kebangsaan
-lebihkurang 600 bahasa daerah yang
dituturkan/ batu penghalang memupuk persafahaman
-Bahasa Inggeris juga memainkan peranan
sebagai alat perpaduan yang menyatukan rakyat India yang terpisah dari segi
agama, bangsa dan wilayah.
2. Diskriminasi dalam perkhidmatan awam
-British mengamalkan dikriminasi dalam
pengambilan rakyat India bagi memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam
-mengadakan peperiksaan awam di England
-amalan diskriminasi ini melahirkan rasa
tidak puas hati dalam golongan
terpelajar di India.
3. Perkembangan sistem perhubungan dan
pengangkutan
-pembinaan sistem perhubungan dan
pengangkutan moden juga pencetus kepada
semangat kebangsaan
- pembinaan jalan keretapi dan jalan
raya menyatukan rakyat India yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
keturunan
4. Dasar pentadbiran Lord Lytton
-memperkenalkan Akta Senjata dan Akta
Akhbar Vernakular yang melahirkan sentiment anti-British
-langkah-langkah yang diambil seperti
menggalakkan import kain kapas dari Englang dan menghadkan umur penyertaan
perkhidmatan awam kepada 18 tahun
-langkah-langkah ini menimbulkan
kemarahan rakyat India terhadap pemerintahan British
5. Akta Illbert 1883
-merancakkan lagi sentimen anti-British
-akta ini memberi kuasa kepada
hakim-hakim berketurunan India mengadili dan menjatuhkan hukuman ke atas orang
Inggeris
-mendapat tentangan daripada golongan
Anglo-India hingga menyebabkan British menarik balik akta tersebut
-tindakan British menyedarkan rakyat
India tentang perasaan anti-India yang terpendam dalam hati orang Inggeris
-Surendranah Banerjee mengambil langkah
untuk menganjurkan Persidangan Kebangsaan bagi menentang British
6. Peranan akhbar
-akhbar tempatan memainkan peranan
penting dalam membengkitkan kesedaran kebangsaan
-Akhbar Kesari, The Maratha, Amrit
Bazar Patrika dan Patriot merupakan akhbar yang mengkritik dasar
British.
-akhbar ini turut menyebarkan idea
pemerintahan sendiri dan amalan demokrasi dalam kalangan rakyat tempatan
7. Kajian terhadap keagungan silam
-kajian ini melahirkan keyakinan rakyat
India teradap kebudayaan dan peradaban mereka
-sarjana yang mengakaji peradaban India
ialah Sir William Jones, Max Muller dan Monier Williams
-kajian seperti ini membangkitkan
kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India
8. Peranan kesusasteraan
-karya-karya kesusasteraan juga
memainkan peranan penting
-karya-karya telah dimuatkan dalam
akhbar-tempatan menyebabkan idea nasionalisme tersebar keseluruh India.
-tokoh-tokohnya ialah Bankim Chandra
Chatterjee dan Rabindranath Tagore
9. Dasar ekonomi British
-British mengamalkan dasar ekonomi bagi
memenuhi keperluan sektor perindustrian di England
-dasar ini menyebabkan British tidak
menggalakkan perkembangan industry tempatan mengawal perusahaan-perusahaan
tempatan
-langkah-langkah ini membangkitkan
perasaan benci rakyat tempatan terhadap British di India
10. Penindasan terhadap buruh-buruh
India di seberang laut
-layanan buruk oleh British terhadap
buruh-buruh India yang bekerja di seberang laut
-British tidak mengambil berat tentang
kebajikan dan hak asasi mereka
-layanan demikian menimbulkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan nasionalisme
11. Gerakan refomasi sosioagama
-kemunculan pertubuhan-pertubuhan
sosioagama
-pertubuhan yang memainkan peranan ialah
Brahmo Samaj, Brahma Samaj, Arya Samaj dan Pertubuhan Ramakrishna
-pertubuhan-pertubuhan agama ini
meletakkan asas bagi kebangkitan semangat kebangsaan dan kemunculan Parti Kongres
India pada tahun 1885
Kesimpulan
-pendidikan
Barat merupakan faktor utama melahirkan
kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India disamping beberapa
faktor lain
-dasar-dasar yang dilaksanakan oleh
British merupakan asas kepada kemunculan sentiment anti-British
-kebangkitan semangat kebangsaan
melahirkan pemimpin-pemimpin nasionalisme yang mengatur gerakan untuk
membebaskan negara daripada cengkaman penjajah
3.
Nilaikan peranan yang dimainkan oleh Dr.Sun Yat dalam Revolusi China pada tahun 1911.
Pengenalan:
Dr. Sun Yat sen
iaitu “Bapa Revolusi China”dilahirkan
pada 12 November 1866 di Hsiang Shan ,Kwangtung,China Selatan. Beliau mendapat
pendidikan klasik Kung Fu Tze dari umur 6 tahun hingga 12 tahun. Pada tahun
1879, beliau telah memasuki sekolah mubaligh Anglican di Honolulu,Hawaii dan
meneruskan pengajian di Kolej Oahu sehingga tahun 1883. Pada tahun 1887,beliau
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan Queens College,Hong Kong. Semasa menuntut di Hong Kong inilah
beliau mula cenderung ke arah
perkembangan politik moden terutamanya mengenai nasionalisme,demokrasi
ala-Amerika dan sejarah revolusinya.Keadaan politik di Hawaii dan Hong
Kong juga telah mempengaruhinya untuk
menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan kerajaan republik China. Dr Sun Yat Sen memainkan peranan penting dalam memimpin dan menggerakkan pergerakan
revolusi di China.
Isi-isi:
Menubuhkan pertubuhan revolusioner
Dalam usaha mengadakan revolusi,Dr Sun Yat
Sen berpendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut amatlah penting selain
sokongan dalam negara.Justeru itu,pada 24 November 1894,Dr Sun Yat Sen telah
menubuhkan sebuah pertubuhan revolusioner yang dikenali sebagai Hsing Chung-hui
atau Persatuan Memulihkan Negara China di Honolulu,Hawaii.Keahlian persatuan
ini seramai 112 orang yang kebanyakkannya golongan sarjana.Slogan perjuangannya
ialah “Singkirkan Orang-orang Manchu,Pulihkan Pemerintahan Orang-orang China
dan tubuhkan Republik.Matlamat utama pertubuhan tersebut adalah untuk
menggulingkan kerajaan Manchu .Beliau mendapat sokongan daripada orang Cina di
seberang laut untuk melancarkan pemberontakan.Pertubuhan ini juga mempunyai
hubungan dengan cawangan-cawangannya yang ditubuhkan secara sulit di
wilayah-wilayah dalam China.Walaupun pemberontakan yang dilancarkan oleh mereka
gagal,Dr Sun Yat Sen telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dalam
kalangan orang-orang Cina di dalam dan luar negara.
Menubuhkan
Parti Revolusi
Ketika di Jepun,Dr Sun Yat Sen menubuhkan
Parti Revolusi atau Tung Meng-hui atau Liga Bersatu di Tokyo pada 20 Ogos
1905.Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsing Chung-hui dengan dua persatuan
revolusioner iaitu Hua Hsing-huidan Kung Fu-hui.Matlamat utama parti ialah
untuk menjatuhkan kerajaan Manchu dan menubuhkan kerajaan republik di
China.Tung Meng-hui juga bermatlamat untuk menjadikan tanah-tanah sebagai hak
kerajaan dan menghapuskan penguasaan kuasa asing di China.Cawangan Tung
Meng-hui ditubuhkan di Brusells,San Francisco,Singapura,Tanah Melayu dan
Honolulu.Di China cawangan Tung Meng-hui terdapat di bandar-bandar utama di
seluruh negara.Menerusi cawangan-cawangan di seberang laut pula,beliau
memperoleh wang dan merekrut sukarelawan bagi melancarkan pemberontakan.Usaha
yang dilakukan oleh Dr Sun Yat Sen menunjukkan bahawa beliau memberi sumbangan
yang besar dan berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan perjuangannya
dalam kalangan orang-orang Cina.Orang-orang Cina juga cuba disatukannya di
bawah perjuangan yang sama dalam menyingkirkan Manchu dari bumi China.
Menyebarkan perasaan anti-Manchu
Peranannya tidak terhenti setakat itu
sahaja dalam menyebarkan perasaan anti-Manchu dalam kalangan rakyat China.Dr
Sun Yat Sen turut menyampaikan ceramah dan menulis rencana-rencana dalam akhbar
Min Pao(The People) di Tokyo.Melalui penerbitan rencananya idea-idea republik
disebarkan.Gerakan revolusioner Dr Sun Yat Sen akhirnya telah mendapat sokongan
daripada orang ramai terutamanya pelajar dan rakyat yang tidak puas hati dengan
kezaliman kerajaan Manchu.Gerakan revolusioner Dr Sun Yat Sen juga disokong
oleh kumpulan kongsi gelap dan anggota tentera yang mendapat latihan di
Barat.Selain itu beliau turut berkunjung ke merata tempat di dunia seperti
Amerika dan Eropah bagi mendapat sokongan moral dan material dari masyarakat
Cina luar negeri.Kesungguhan beliau menghasilkan kejayaan apabila bantuan
kewangan yang diperolehi misalnya dapat membantu Tung Meng Hui menjalankan
pemberontakan di China.
Mengemukakan ideologi revolusi
Peranan yang dimainkannya menjadi lebih
berkesan dan menarik sokongan orang-orang Cina apabila beliau mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan
yang relevan dengan situasi semasa .Ideologi
revolusi atau prinsip perjuangan yang dikemukannya dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau San
Min Chu I iaitu nasionalisme,demokrasi dan kebajikan sosial. Prinsip ini juga
diterima sebagai ideologi utama Tung Meng-hui serta menjadi asas kepada
perkembangan gerakan revolusioner di China.
Melancarkan pemberontakan
Antara tahun 1891-1911,Dr Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya
berperanan dalam merancang dan melancarkan 10 kali pemberontakan di China bagi
menggulingkan kerajaan Manchu.Beberapa pemberontakan kecil telah berjaya
dilancarkan di beberapa tempat di wilayah Selatan China.Pada awalnya perancangan
pemberontakan ini dilakukan di Jepun.Namun setelah mendapat tentangan daripada
Kerajaan China Dr Sun Yat Sen telah beralih pula ke Hanoi.Pada 11April
1911,gerakan revolusi telah dilancarkan namun menemui kegagalan.Walaupun gagal
pengaruh,martabat dan kewibawaan Manchu merosot. Dr Sun Yat Sen dan pertubuhan
Tung Meng Hui telah berjaya mempengaruhi
tentera China melancarkan pemberontakan.Akhirnya pemberontakan Wu Cang pada 10
Oktober 1911 telah berjaya mengakibatkan kejatuhan Manchu dan penubuhan sebuah
kerajaan republik di China.
Kesimpulan
Dr Sun Yat Sen merupakan seorang tokoh
yang berperanan penting dalam Revolusi China 1911.Beliau memainkan peranan
dalam mengatur dan memimpin gerakan revolusioner di China.Beliau juga seorang
tokoh revolusioner yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal jemu dalam
perjuangannya.Peranan beliau akhirnya membuahkan hasil apabila tentera
revolusioner telah melancarkan revolusi yang menyebabkan kerajaan Manchu
tumbang dan sebuah kerajaan republik berjaya ditubuhkan di China.Dr Sun Yat Sen
telah dilantik sebagai Presiden Kerajaan Sementara di Nanking.
4. Konflik antara Rusia dengan
Amerika Syarikat membawa kepada tercetusnya Perang Dingin. Bincangkan.
Pengenalan
Perang Dingin ialah persaingan terbuka
tetapi terhad yang bermula selepas perang dunia kedua.
Perang ini dikenali sebagai Perang
Dingin kerana ia tidak membabitkan
pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa-kuasa besar secara
besar-besaran.
Perang Dingin bermula apabila Presiden
Harry Truman mengisytiharkan “Doktrin
Tuman” pada tahun 1947
Perang ini tercetus akibat konflik
antara Rusia dengan Amerika Syarikat
Isi-isi
Penting
Konflik berlaku akibat daripada :
1. Perbezaan
ideologi politik
Amerika Syarikat dan Rusia sebagai
pemenang Perang Dunia II memiliki ideologi yang berbeza
Amerika Syarikat memiliki ideologi
liberal-kapitalis sedangkan Rusia berideologi komunis.
Fahaman Liberal-kapitalis mengagungkan
kebebasan individu yang mengutamakan hak asasi manusia seperti hak untuk
berkumpul, menyuarakan pendapat dan kebebasan media manakala ideologi komunis,
rakyat tidak diberi kebebasan untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka.
2. Perbezaan
sistem ekonomi
Amerika Syarikat memperjuangkan sistem
ekonomi kapitalis iaitu sistem ekonomi yang bebas daripada campur tangan
kerajaan.
Rusia pula tidak menggalakkan kegiatan
ekonomi bebas kerana bimbang masyarakat
terdedah kepada sistem ekonomi barat.
Perbezaan dalam sistem ekonomi oleh
kedua-dua pihak menyebabkan hubungan semakin renggang
3. Kemunculan
kuasa besar dunia yang baharu
Perang Dunia Kedua menyebabkan lahir dua
kuasa besar dunia yang baharu iaitu Amerika Syarikat dan Rusia . Kedua-dua
negara bersaing untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.
4. Dasar
perluasan pengaruh Rusia di Eropah
Sebelum Perang Dunia Kedua berakhir,
Rusia mula meluaskan pengaruhnya di benua Eropah.
Semasa persidangan Yalta pada tahun
1945, Rusia menguasai kawasan yang menganjur hingga ke garisan Carzon dijadikan
sempadan antara Rusia dan Poland.
Semasa Perang Dunia Kedua hampir tamat,
Rusia mengukuhkan cengkaman terhadap Negara-negara di Eropah Timur.
Tindakan Rusia menyebarkan pengaruh
komunis di Eropah Barat menyebabkan Amerika Syarikat mengambil langkah-langkah
bagi menyekat penyebaran fahaman
komunis.
5. Perubahan
pucuk pimpinan
Perubahan pucuk pimpinan Amerika
Syarikat dan England menyebabkan hubungan antara kuasa-kuasa besar menjadi
renggang.
Harry Truman dan Clement tidak mempunyai
pengalaman dalamhal ehwal antarabangsa dan mereka amat curiga dasar luar
Stalin.
Harry Truman mula mengamalkan dasar
menyekat perluasan pengaruh Rusia.
Beliau bertekad menggunakan pendekatan
yang lebih agresif untuk menyekat perluasan pengaruh Rusia.
6. Hubungan
renggang antara Amerika Syarikat dan Rusia
Hubungan antara Amerika Syarikat dan
Rusia menjadi semakin buruk selepas bulan Mei 1945.
Tindakan Amerika Syarikat menolak
bantuan ekonomi yang diminta oleh Rusia mengeruhkan hubungan antara kedua-dua
Negara
Pada Mac 1946, Winston Churchill dalam
ucapannya di Foulton, Missouri menyatakan terdapat “tirai besi” yang memisahkan
Eropah Timur dan Eropah Barat.
Kesimpulan
Pemimpin-pemimpin di barat percaya
kepada ‘teori domino’ iaitu apabila sesebuah negara dikuasai oleh komunis maka
satu demi satu negara-negara lain akan jatuh ke tangan komunis.
Amerika Syarikat dan Britain bertekad
menyekat perkembangan komunis di
mana-mana negara.
Keadaan ini mencetuskan ketegangan antara Rusia dengan Amerika Syarikat serta
merancakkan Perang Dingin.
5. PBB berjaya membawa keamanan dunia selepas
Perang Dunia Kedua. Bincangkan.
Pengenalan
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB)
ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.
Matlamat utama penubuhan PBB adalah
untuk memelihara keamanan dan keselamatan sejagat.
PBB juga memainkan perannan
menyelesaikan konflik antarabangsa antara secara aman tanpa penggunaan
kekerasan.
Sejak awalan penubuhan hingga ke hari
ini, PBB telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam memelihara keamanan
dan kesejahteraan masyarakat dunia.
Isi-isi
penting
Kemerdekaan
wilayah jajahan
PBB memainkan peranan menyelesaikan
masalah kemerdekaan wilayah jajahan.
Pada tahun 1960, PBB memluluskan
perisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk negara yang dijajah.
Masalah
pelarian
PBB memainkan peranan dalam
menyelesaikan masalah pelarian.
Bagi menangani masalah ini, PBB
mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian di negara-negara
tertentu.
Dasar
Apartied
PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi
menangani masalah Aparteid.
Pada tahun 1963, Perhimpunan Agung PBB
meluluskan Perisytiharaan Pmbasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras.
Hak
asasi sejagat
Pada tahun 1948, PBB menggubal
Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.
Perjanjian berhubung dengan hak asasi
sejagat diluluskan oleh PBB pada tahun 1966.
Menangani
konflik antarabangsa
PBB memainkan peranan dalam
menyelesaikan konflik secara aman.
Pada tahun 1956, Majlis Keselamatan
berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.
PBB juga menghantar pasukan pendamai ke
Congo pada tahun 1960 untuk memulihkan keamanan di negara tersebut.
Membantu negara mangsa perang
PBB memberi bantuan kepada negara-negara
yang menjadi mangsa perang "Program Bantuan dan Pembangunan Semula
PBB".
Dalam konteks ini, PBB memberi khidmat
kebajikan bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat di negara tersebut
terpelihara.
Membangunkan
negara-negara mundur
PBB menyediakan pinjaman untuk
pembangunan negara-negara mundur.
International
Develpoment Association (IDA) ditubuhkan untuk membiayai
projek yang memberi sumbangan kepada kemajuan wilayah.
Menyelesaikan
perebutan pulau
PBB berusaha menangani masalah perebutan
pulau agar ketegangan antara negara dapat dikurangkan.
Bagi menyelesaikan masalah perebutan
pulau, PBB melaksanakan Undang-undang Laut pada tahun 1994.
Mengatasi
perlumbaan senjata
PBB mengambil langkah menyekat
penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang meninggalkan kesan buruk
terhadap mangsa perang.
Sebagai contoh, PBB mempengaruhi Soviet
Union dan Amerika Syarikay mengundurkan peluru berpandu dalam krisis di Cuba.
Kesimpulan
PBB berjaya mempertahankan keamanan dan
kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan.
PBB juga mengambil langkah-langkah bagi
menangani konflikyang melibatkan negara-negara anggota.
6. Terangkan penglibatanAmerika Syarikat
dan United Kingdom dalam North Atlantic Treaty Organisation (NATO).
Pengenalan
:
NATO ditubuhkan pada 4 April 1949. Pada asalnya,
hanya 12 negara sahaja menganggotai pertubuhan ini. Ibu pejabat NATO ialah di
Paris. NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang
memainkan peranan utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat. Faktor
penubuhan NATO ialah menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di
Eropah, melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan
dan politik Eropah, mengekang peluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia
di Eropah, dan mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB.
Strategi NATO ialah bagi mewujudkan
system pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggotanya terhadap keselamatan
dan kedaulatan setiap negara anggota. Pada dasarnya, NATO bertujuan membendung pengaruh
komunis yang diterajui oleh Soviet Union.
Isi
–isi penting :
United Kingdom memainkan peranan utama dalam
proses pembentukan NATO. Sekiranya dirujukkepadakoleksisurat-suratperibadi
Ernest Bevin, SetiausahaLuar Britain daritahun 1946 hingga 1951, dandokumen
yang dihasilkanoleholeh Foreign Office, United Kingdom
sememangnyamenyusunstrategidenganmengetengahkanperananbesarAmerika Syarikat
dalam proses penubuhan NATO.
Ini bermakna, United Kingdom Berjaya untuk
tidak menonjolkan peranan mereka walaupun pihak British merupakan“ pemain utama”
(key player) dalam proses pembentukan NATO.
Dalam hal ini, United Kingdom yang
ketika itu diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan
pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika
Syarikat.
Berdasarkan pengalaman United Kingdom,
sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak disertai oleh Amerika
Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.
Presiden Harry S. Truman belum bersedia menghadapi
ancaman Soviet Union di Eropah dan pihak United Kingdom perlu membuat perancangan
jangka panjang untuk melibatkan Amerika Syarikat dalam soal keselamatan di
Eropah khususnya.
Oleh itu, kewujudan NATO adalah bertepatan
dengan perkembangan politik antarabangsa ketika itu.
Perkembangan politik antarabangsa sepanjang tahun 1945
hingga tahun 1949 menyebabkan Britain dan Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk
menubuhkan NATO.
Soviet Union memberi satu persepsi bahawa
“NATO ialah Amerika Syarikat” dan “Amerika Syarikat adalah NATO”.
Ini bermakna, NATO didominasikan oleh Amerika
Syarikat berbanding negara-negara lain.
Perang Dingin telah menyebabkan hubungan
antara United Kingdom dengan Amerika Syarikat menjadi akrab.
Hubungan antara kedua-dua kuasa besar dalam
bentuk bilateral boleh dilihat dalam bentuk perundingan diplomatik, kerjasama ketenteraan,
dan perisikan.
Kesimpulan
:
Komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam NATO
dilihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan, dan kestabilan sebagai institusi
yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia secara praktikal bukan
sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia.
KEJAYAAN ADALAH MILIK SETIAP INSAN YANG BERUSAHA .. INSYAALLAH..
XOXO NIO <3 PIA XOXO
2 tumbs up! thank you for the sharing.
ReplyDeletethanks for sharing
ReplyDeleteAssalamualaikum. Terima kasih share, mintak izin copy. Syukrann.
ReplyDeletetq...nota nie terbaiklah...pinjam ye nak copy...
ReplyDeletethanks sgt brguna . Izin copy :)
ReplyDeleteterbaik laa...thanks
ReplyDeleteminta maaf ye. ada tak nota ringkas tentang faktor-faktor tercetus perang dingin (tema 4) stpm?
ReplyDeleteMinta izin share.
ReplyDeleteTerbaik sangat membantu
ReplyDeletesangat membantu
ReplyDelete👍👍
ReplyDelete